Sabtu, 18 Ogos 2018

TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN

BADAN KURUS DAN LANGSING SELEPAS BERSALIN



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri Nur pada kali ini adalah berkenaan dengan topik yang ibu suka iaitu tips kembali kurus selepas bersalin.
Mesti ramai ibu-ibu yang takut gemuk selepas bersalin kan?Nur pun tidak terkecuali sebab dalam kepala memang nak bentuk asal balik macam sebelum hamil. Hihi

Nur nak tanya la sikit, ada tak ibu yang betul-betul berpantang cara tradisional kat sini? Kalau ada, Alhamdulillah. Tapi tidak ramai yang betul-betul jaga pantang kan?

Sebenarnya, kalau nak ikutkan kita ni kena jaga pemakanan sebelum kita mengandung lagi tau. Bila mengandung, kena makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kadang-kadang kita orang perempuan ni kalau makan tu mesti duk cakap makan untuk dua orang kan. Tu yang tersasar dan terbabas tu. Hihi

Pemakanan ketika mengandung perlu dititikberatkan. Makan makanan seimbang dan berzat. Jangan makan sembarangan tapi tiada khasiat. Yang ada hanyalah lemak bertimbun yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, hb low dan lain-lain.

Banyak kesan buruk kalau kita tidak menjaga pemakanan ni kan? Jadi sekarang jom kita lihat apakah tips yang boleh kita buat untuk turunkan berat badan selepas bersalin.

Memang tidak dinafikan sejurus selepas bersalin tu kita akan kehilangan berat badan yang banyak. Tak kata orang lain, bersalin anak kedua Nur turun 13kg selepas bersalin tu tau. Tapi lemak-lemak jahat kat perut tu tidak pula diangkut sekali kan. Hihi

Walaupun kita kehilangan beberapa kilo, tapi lemak masih ada membuatkan perut jadi menggeleber, buncit dan juga peha besar. Tengok keadaan la belah mana anda simpan lemak-lemak tu semua. Kita tak sama, kadang ada kat perut, kat peha, kat bontot. Dia duduk je mana-mana yang dia nak. Hihi.

TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN


Makan makanan yang seimbang

Ok, yang pertama kita buat makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kesihatan baby dan ibu. Bukan ibu sahaja yang perlukan zat, baby pun sama sebab kita menyusukan baby. Ibu-ibu boleh mengambil makanan yang berzat, ada protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil makanan yang berikan tenaga dan juga kaya dengan zat besi.

Pengambilan susu juga bagus untuk kekuatan tulang kita dan juga keperluan kalsium dalam badan. Luka kita akan semakin kering dan sembuh seiring denga pengambilan makanan yang berkhasiat. Jangan sesekali nak amalkan diet. Diet ni akan buat kita hilang tenaga dan juga tiada nutrisi untuk baby.

Penyusuan secara ekslusif

Anda mestilah menyusukan baby secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan lebih bagus sehingga umur 2 tahun. Hal ini kerana, kesan dari penyusuan baby ini akan membantu anda untuk membakar kualiti yang tidak diingini tu.

Tahukah anda? Penyusuan baby ini sangat special kerana menyusukan baby akan membantu membakar 500 kalori sehari. Ianya juga membantu rahim untuk cepat mengecut kepada saiz yang biasa. Kesan yang akan dapat ialah perut kempis.

Badan cepat kurus bukan bererti jadi tidak cantik, tapi lemak-lemak tu akan hilang. Ada je ibu yang takut untuk menyusukan baby sebab takut tak cantik. Jangan sesekali jadi seperti ini tau kerana banyak sangat manfaat penyusuan ini untuk ibu dan juga baby antaranya untuk mengeratkan hubungan ibu dan baby, elakkan kanser payudara, memberikan rasa nyaman kepada baby dan untuk elakkan tekanan.

Berbengkung

Sejak zaman dahulu kita wanita melayu dan amalkan amalan berbekung. Kata mak-mak dulu bagus untuk kembalikan bentuk yang kurus dan langsing. Tapi zaman dulu bengkungnya agak rumit. Kena lilit-lilit bagai tapi sekarang dah ada yang moden. Takde alasan lagi dah tau.

Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, secara automatik badan akan kenyang. Bengkung ni juga berfungsi membakar lemak jahat dan membuang lebihan angin dalam badan. Anda boleh buat sapuan kapur sirih dan juga limau nipis dibahagian perut sebelum memakai bengkung. Ianya membantu untuk melangsingkan perut.

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, kurang digalakkan untuk berbengkung. Anda disarankan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu diikat. Ikut keselesaan masing-masing juga ye.

Kalau nak diikutkan, berbengkung ni sepanjang hari. Kalau zaman dahulu, mereka akan berbengkung sepanjang hari. Berbeza dengan kita sekarang yang hanya beberapa jam sahaja. Perut akan kempis dan langsing kalau ikut cara yang betul.

Bertungku

Bertungku ni bagus untuk buang angin, bakar lemak jahat dalam badan dan membantu keluarkan darah kotor yang ada dalam badan.

Minum air teh hijau dan buah epal

Amalan ni bagus untuk membakar lemak jahat dibahagian perut dan ianya juga antioksidan.

Sarapan

Jangan cuba untuk tidak makan pagi ye. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta protein yang non-GMO, kurangkan garam dan gula. Mangga, anggur dan brokoli boleh membantu anda untuk kuruskan badan selepas bersalin. Ianya juga mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi.

Mengambil salad dan sayuran ketika makan malam adalah pilihan yang baik daripada mengambil snek segera untuk hilangkan lapar. Usahakan untuk makan dengan teratur.

Tidur yang cukup

Ambil masa tidur yang berkualiti. Tidak dinafikan ibu akan kurang tidur dan keletihan. Tapi masa tidur yang terganggu akan mempengaruhi penghasilan susu ibu dan memberi tekanan kepada ibu. Paras kortisol juga akan meningkat lalu menyebabkan metabolisme ibu tidak efisyen untuk membakar kalori.

Untuk menstabilkan paras kortisol itu, anda boleh kurangkan pengambilan kafein dan elakkan tekanan atau stress. Kalau ibu stress, penghasilan susu ibu akan terjejas dan kalori yang akan terbakar pun semakin berkurangan. Akhirnya berat badan ibu turut bertambah.

Senaman

Sebaiknya lakukan senaman ringan yang membantu membakar lemak jahat di badan. Tidak perlu buat senaman yang berat, buat yang santai-santai sahaja. Yang penting senaman yang berkualiti. Berat badan selepas bersalin akan berkurangan jika ibu konsisten amalkan senaman dan juga menjaga pemakanan.

Tips kuruskan badan amatlah mudah tapi cara kita amalkannya yang akan memberikan kesan besar dalam hidup seharian kita. Ramai yang tahu cara berpantang dengan baik tapi malas nak diamalkannya. Jadi, kita kenalah paksa diri kita untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga baby.

Ada satu lagi tips yang boleh membantu ibu-ibu bertenaga dan juga kurus langsing iaitu dengan pengambilan Set Vitamin. Ianya bukan sahaja untuk kurus dan langsing, bahkan untuk membantu cepat sembuhkan luka, bekalkan nutrisi, pekatkan susu sekaligus perbanyakkan susu ibu.

VITAMIN UNTUK IBU BERPANTANG 



Set ini bukan sahaja sesuai diambil ketika dalam pantang sahaja malahan selepas berpantang dan menyusu pun boleh sambung makan lagi. Jimat kan? Di dalam set ini juga ibu boleh pilih mengikut kesesuaian dan juga bajet yang ada. Akan tetapi, jika ibu menginginkan kesan yang optimum kepada kesihatan badan, boleh ambil satu set terus.

VITAMIN C - Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan, memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.
B COMPLEX - Menstabil hormon dalam badan, memberi tenaga dan emosi lebih seimbang
VITALEA - Memberi tenaga dan mengandungi zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.
ESP - Memberi tenaga, membantu penghasilan susu dan memperbanyakkan susu badan.
OSTEMATRIX - Membekalkan kalsium dan membantu masalah sembelit semasa ibu berpantang.
LECITHIN - Hilangkan bengkak susu dan bakar lemak.
GARLIC COMPLEX - Antibiotik semulajadi dan buang angin.

Jikalau ibu-ibu malas untuk telan banyak pil, boleh ambil Vivix je untuk kesihatan menyeluruh. Boleh baca info tentang Vivix untuk berpantang DI SINI.


TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Disini Nur sertakan bersama beberapa testimoni ibu-ibu yang telah mengambil suplemen Shaklee untuk semasa dalam pantang.

BERTENAGA BILA BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

BERTENAGA DAN BERAT BADAN TURUN DENGAN ESP

BADAN SEGAR, SUSU BANYAK DAN BADAN MAINTAIN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE
BERAT BADAN TURUN DENGAN VIVIX

SIHAT DAN BERAT TURUN DENGAN VIVIX



 Bagaimana Untuk Dapatkan SET BERPANTANG Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan