Isnin, 30 Julai 2018

SEBAB KENAPA KENA CUBA VIVIX SHAKLEE


4 BAHAN ISTIMEWA DALAM VIVIX SHAKLEE


ADA APA DENGAN VIVIX?

Untuk asas dalam entri kali ini Nur akan kongsikan tentang EMPAT bahan utama Vivix Shaklee berserta dengan khasiatnya sekali.



Inilah 4 bahan utama yang terdapat dalam Vivix. Kalau anda perasan kesemua ini berwarna ungu kan. Sangat istimewa sebab sangat berkhasiat dan sangat jarang dijumpai. Nak tanam sendiri pun memang susah kerana ianya bukan iklim Malaysia.

Bahan Utama Vivix

Purple Carrot


Kenapa pilih yang ungu bukan oren? Tentulah ianya lebih istimewa kan. Purple Carrot ini jauh lebih tinggi antioksidan dari carrot biasa.

Ianya bersifat antiradang. Disebabkan itu, ramai pesakit arthritis, gout dan sebagainya ambil Vivix sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh.

Bukan itu sahaja, ianya juga bersifat antibakteria, antivirus dan ianya anticarcinogen iaitu dapat mengurangkan risiko kanser berlaku.

Lagi best ianya tinggi vitamin A yang mampu menghalang arteri daripada tersumbat.

Elderberry


Lagi sekali, dalam banyak-banyak jenis berries, Shaklee pilih yang paling power iaitu Elderberry.

Elderberry sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL, oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

Selain alergik asid yang kebanyakkan kata anti kanser, vivix juga masukkan elderberry disebabkan elderberry mengandungi bioflavonoids yang membantu memusnahkan virus dan juga sebagai anti kanser.

Elderberry juga boleh merangsang pengeluaran cytokines yang mana ia adalah satu protien yang mengawal tindakbalas sistem imun kepada penyakit dan jangkitan.

Polyganum Cuspidatum
Nama lain bagi Polyganum Cuspidatum ialah Japanese Knotweed. Pertama kali Nur tengok, sekali imbas nampak macam misai kucing je kan, tapi tak tahulah korang tengok nampak macam apa. Hihi

Kalau korang tengok senarai, salah satu yang paling orang suka ianya boleh bantu kurangkan rintangan insulin. Kalau cerita insulin mesti semua tahu kan, ianya berkaitan dengan kencing manis. Disebabkan itu, ramai ambil vivix kebanyakkannya memberi tindakbalas positif disamping kena jaga makan dan senaman.

Anggur Muscadine
Terakhir sekali, Shaklee masukkan bahan yang paling istimewa iaitu Anggur Muskadine. 
Kenapa anggur muskadine?

1) Anggur Muscadine tumbuh dikawasan PANAS dan LEMBAP.
Ia boleh tahan dalam suhu ekstrem dan mampu hidup liar. Semakin ia terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia dapat hasilkan Resveratrol yang lebih tinggi.

2) Saiz Anggur Muscadine sebesar BOLA GOLF.
Saiz ia boleh mencecsh diameter 5cm, besar kan? Nama lain dipanggil super grape.

3) Mempunyai KULIT yang besar dan keras.

4) Boleh melindungi diri daripada BAKTERIA dan KULAT.
Seperti yang dinyatakan tadi, ianya mampu hidup liar sebabnya ianya tidak perlu disembur dengan air dan bahan kimia atau semberun racun untuk lindungi diri.

5) Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang KROMOSOM.
Anggur biasa 19 kromosom sahaja. Kompaun Polifenol dalam anggur ini juga adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Nak minum wain dah tentunya haram bagi yang beragama Islam, jadi ambil vivix. Lagipun ianyan 40 kali lebih hebat.

Bagaimana Rasa Vivix?

Kalau nak ikutkan rasa lidah Nur ni, rasa macam masam-masam manis rebina gitu. Takde la rasa masam sangat ataupun rasa manis sangat sebab ianya tiada penambah rasa tiruan dan tiada pewarna tiruan. Kelat, masam, manis..ehh, susah la nak bagitahu. Yang penting sedap. Hihi. Nak tahu sedap ke tidak kena la cuba ye.

Testimoni Vivix Shaklee

Disini Nur sertakan sekali beberapa testimoni yang telah mendapat kesan positif setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

TESTIMONI 1
Vivix dapat mengawal paras gula dalam darah.


TESTIMONI 2
Gout takde lagi menjengah setelah amalkan Vivix.


TESTIMONI 3
Pesakit jantung semakin sihat dan cergas setelah mengamalkan 3 botol vivix.


TESTIMONI 4
Keajaiban berlaku apabila kanser pesakit barah rahim hilang selepas ambil vivix.


TESTIMONI 5
Vivix membuatkan rokok rasa pahit.



Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Jikalau anda berniat dan berminat untuk dapatkan vivix, Nur cadangkan ambil 2 botol terus untuk melayakkan anda dapat keistimewaan daripada Shaklee.

Jika anda dapatkan 2 botol Vivix hari ini, anda automatik layak menikmati :-
- Harga penjimatan ahli
- Member kit
- Cash bonus
- Free postage
- Support group


 Bagaimana Untuk Dapatkan Vivix Shaklee?


HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.













VIVIX SHAKLEE UNTUK MASALAH SEMBELIT


ATASI MASALAH SEMBELIT DENGAN VIVIX SHAKLEE


Siapa diantara kita yang pernah mengalami sembelit? Pastinya kita semua pernah alaminya kan. Sakit sangat kalau kena, nak menangis pun ada. Sembelit boleh berlaku kepada semua golongan. Kanak-kanak, dewasa mahupun warga tua. Pendapat korang kenapa kita boleh terkena dengan masalah sembelit ini?

PUNCA TERJADINYA SEMBELIT

1) Kurangnya serat dalam badan
Serat amat penting untuk tubuh badan kita. Ianya membantu dalam mencernakan makanan. Seratlah yang membantu melembutkan kotoran yang dihasilkan yang akhirnya kita dapat membuang dengan mudah.

2) Malas buang air besar
Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar, Selalu terjadi kepada anak kecil yang sedang belajar ke tandas.

3) Najis yang terlalu keras
Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

4) Selalu tahan berak
Menahan daripada membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya.

5) Angin dalam badan
Masalah penghadaman yang yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir.

6) Kurang cecair dalam badan
Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor yang paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian.

7) Tekanan
Terlalu stress juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.

8) Trauma selepas bersalin
Trauma yang teruk, contohnya selepas bersalin dan rasa takut untuk meneran.

9) Kurang zat besi
Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran.

10) Faktor umur
Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.

Masalah sembelit jangan dianggap perkara remeh kerana ianya boleh memudaratkan dan kalau ianya berlarutan, besar kemungkinan akan mendapat kanser usus besar dan masalah kesihatan yang lain. Bahayakan?

Jadi, jika anda nak bebas daripada sembelit, cuba jangan lakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sembelit.

CARA MENCEGAH DAN MENGATASI SEMBELIT

1) Makan secara teratur
Mengamalkan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana banyak kandungan serat. Ambil setiap hari untuk merangsang pergerakan usus secara optimal. Contohnya seperti pisang, betik, ubi dan juga bawang.

2) Minum banyak air
Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari.

3) Makan herba dan rempah
Masukkan herba dan rempah- ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakkan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

4) Cuka epal
Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

5) Lemak berkhasiat
Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang.

6) Elakkan protein berlebihan
Elak mengambi protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

7) Senaman pernafasan
Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat.

8) Banyakkan pergerakan fizikal
Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan.

9) Senaman mencangkung
Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekaligus memberi 'gesa' untuk buang air besar.

Suplemen Tambahan Yang Dicadangkan

Selain daripada melakukan cara-cara atasi sembelit diatas, kita juga boleh mengambil supplemen tambahan yang boleh membantu mengawal masalah sembelit ini. Antara suplemen yang dicadangkan adalah Vivix Shaklee.


Keistimewaan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee mempunyai lebih banyak serat berbanding oat dan beras. Ianya sekaligus dapat membantu masalah pencernaan dan membantu penyerapan nutrisi yang lebih baik daripada makanan. Vivix Shaklee juga mengandungi lobak ungu yang mana sangat bermanfaat kepada kesihatan usus kita. Akar lobak ungu ini telah lama digunakan untuk merawat masalah usus, masalah penghadaman, masalah tonsil dan sembelit. Selain itu, di dalam Vivix Shaklee juga mengandungi 6gm fiber, jadi tentunya sangat membantu perut dan masalah sembelit.

Bagaimana Vivix Shaklee Berfungsi?

Agen anti inflamasi yang kuat - penting untuk rawatan penyakit usus kronik.
- Antibiotik semulajadi - meningkatkan sistem imun.
- Antioksidan yang kuat – membantu melambatkan proses penuaan selular dan membantu memulihkan sel otot yang keras kejung akibat sukar membuang air besar.
- Menyahkan toksin dari organ, darah dan usus supaya mudah disingkirkan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Vivix Shaklee, boleh klik disini

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Masalah Sembelit

Disini saya sertakan sekali beberapa testimoni yang telah berjaya mengatasi masalah sembelit mereka dengan menggunakan  Vivix Shaklee.

Testimoni 1
- masalah buang air besar selesai setelah 5 hari tidak membuang air.

Testimoni 2
- lawas  dan senang untuk buang air besar setelah ambil vivix.


 Testimoni 3
- selepas minum vivix terus buang iar besar setelah seminggu tidak membuang.


 Testimoni 4
- perut kempis disebabkan hari-hari membuang air besar setelah ambil Vivix. 


 Bagaimana Untuk Dapatkan Vivix Shaklee?


Boleh KLIK DISINI

ATAU

HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.










Jumaat, 27 Julai 2018

STOKIS SHAKLEE BAHAU


PENGEDAR SHAKLEE BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL DAN KAWASAN SEKITARNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda sedang mencari pengedar Shaklee kawasan Bahau, Bandar Sri Jempol dan sekitarnya? Haa, bolehlah hubungi Nur di talian 0132904342 tau kerana Nur merupakan pengedar Shaklee Bahau yang sah berdaftar dan bertauliah.


Kelebihan order barang degnan Nur?

Nur juga ada sediakan servis konsultasi secara PERCUMA dan TERBAIK mengikut keperluan anda. Ada je yang beli dengan saudara, kawan sekerja, tapi gagal untuk consult cara makan yang betul. Vitamin takkan berkesan kalau cara makan salah ye.

Sebagai pelanggan Nur akan memberi tunjuk ajar cara makan Produk Shaklee dengan berkesan kepada kastemer Nur. Nur juga akan membuat follow-up sepanjang pengambilan vitamin Shaklee. Memang hak pembeli mendapat nasihat dan kesan yang terbaik. Disebabkan itu, Nur harus memberi konsultasi yang terbaik kepada kastemer Nur.

Nak guna khidmat pos pun boleh.

Bagi kastemer yang jauh, Nur akan poskan sahaja vitamin tersebut samaada melalui Gdex/Citylink ataupun Poslaju mengikut kesesuaian kastemer sebab lain tempat lain khidmat pos yang disediakan.

Bagi kastemer yang tinggal berdekatan dengan Nur pula, Nur juga boleh COD (Cash On Delivery) vitamin Shaklee terus ke tempat anda. Stok vitamin insyaaAllah sentiasa ada dengan Nur untuk customer tersayang.

Kawasan yang Dihantar Di Bahau?

Selain kawasan Bahau, Nur juga pernah COD ke Pasoh, Serting, Kuala Pilah dan sekitarnya. Nak senaraikan tu macam banyak pula. Hihi. Kalau tak selesa, nak jumpa di mana-mana sepeti pasaraya Tesco, Kiara, Billloin pun boleh. Ada juga customer yang datang terus ke rumah untuk pick up vitamin yang dipesan. Anda hanya perlu hubungi je Nur untuk temujanji ya. Sedia berkhidmat untuk penggemar produk Shaklee.

Di Bahau Tiada Branch Shaklee?

Nur pernah dapat soalan daripada beberapa orang customer, di Negeri Sembilan ni tak ada branch atau stokis Shaklee ke? Branch Shaklee tak ada ye dekat Negeri Sembilan ni, tapi ada je Pengedar Shaklee di Bahau ni yang aktif salah sorangnya Nur la. Setiap kali ada customer yang nak COD vitamin, Nur akan cuba selitkan order dari HQ vitamin-vitamin lain untuk dijadikan stok dekat rumah ni. Nak terus ke HQ Shaklee memang tak la kan sebab jauh.

Untuk pengetahuan anda, stok vitamin yang Nur ada bukanlah stok yang lama-lama tau, semua stok baru Nur order terus dari HQ Shaklee. Jadi anda tidak perlu risau dah tentang expired date ke apa.

Apa tunggu lagi, jom la order vitamin Shaklee dengan Nur sekarang.

HUBUNGI SAYA DISINI!

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.







Khamis, 26 Julai 2018

RANGKAIAN PRODUK YOUTH SKINCARE


KEBAIKAN SETIAP PRODUK YOUTH SKINCARE


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini Nur nak kongsikan mengenai kebaikan yang terdapat dalam setiap produk Youth Skincare Shaklee dan apa jenis Youth Set yang boleh anda cuba berdasarkan masalah yang dihadapi.

Sebelum itu, kita boleh tengok standard keselamatan yang telah Shaklee sediakan. Ianya adalah standard yang tinggi ye, bukan standard biasa-biasa atau cikai-cikai je.




STANDARD KESELAMATAN SHAKLEE ADALAH TERTINGGI

- Diuji oleh pakar dermatologi

- Hypoelelrgenik
- Tidak menyumbatkan liang pori
- Diuji oleh oftamologis



Keunikan Dan Kebaikan Yang Terdapat Oleh Setiap Produk Youth


LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


Ini adalah pencuci Youth yang berfungsi untuk memperhalus, menyuci dan menyediakan.

- PH seimbang
- Tanpa buih
- 3-in-1. (remove makeup,mencuci muka dan membantu mengekalkan kelembapan kulit)
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kulit kering.

Bahan Utama :

- Muscadine grape yang membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan pencemaran.
- Exfoliating green algae complex yang membantu untuk membersihkan kulit.
- Avocado oil
- Yeast extract yang menbantu meningkatkan kelembapan kulit.
- Vital repair yang membantu mengelakkan kerosakan kulit yang disebabkan radikal bebas.

Tips:

- Basahkan tangan dan muka sebelum menggunakan pencuci.
- Pusingkan penutup dan tekan untuk mengeluarkan gel sebesar saiz kacang pis.
- Anti-graviti dan pergerakan pusingan.


PERFECTING SKIN TONER

Berfungsi untuk membersihkan, menghidratkan dan memberi nutrisi
- Menenangkan
- Melegakan
- Menghidrat
- Meremajakan
- Pembersihan dua kali

Bahan Utama :

- Muscadine grape
- Exfoliating and rejuvenating green algae complex berfungsi untuk menenang dan melegakan kulit anda.
- Yeast extract
- Vital repair

Tips :

- Gunakan "cotton pad" untuk aplikasi toner bagi mendapatkan dua kali pembersihan.


YOUTH ACTIVATING SERUM

Memperbaharui pada setiap level sel
- Mempercepatkan pembaharuan sel sebanyak 10%.
- Mengandungi kepekatan youth complex 10 kali lebih tinggi berbanding dengan produk lain.
- Tegang, berseri dan nampak muda.

Bahan Utama :

- Muscadine grape
- Exfoliating green algae complex
- Schizandra chinensis
- Apple stem cell
- Lotus japonicus
- Vital repair

Tips :

- Mulakan dengan sedikit.
- Mula gunakan selang sehari pada waktu malam sahaja.
- Tingkatkan dos secara perlahan sehingga kulit boleh menerima.


AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50

Melembab dan melindungi kulit daripada kerosakan UVA/UVB
- SPF 50 spektrum luas perlindungan UVA/UVB. Sinaran UVB akan merosakkan kulit pada bahagian atas seperti 'burn'. Sinaran UVA pula akan merosakkan kulit pada bahagian dalam ditempat sel-sel baru kulit yang boleh menyebabkan terjadinya jeragat.
- Diformulasikan sesuai untuk kulit Asia.
- Melindungi sel kulit baru.
- Bertahan selama 16 jam.

Bahan Utama :

- Muscadine grape
- Exfoliating green algae complex
- Rejuvenating green algae complex
- Pea
- Vital repair

Tips :

- Gunakan selepas Youth Activating Serum untuk melindungi sel baru kulit.
- Gunakan leibh tebal jika terdedah kepada sinaran UV.


ADVANCES RENEWAL NIGHT CREAM - LIGHT

Kulit lebih muda, lembut dan cerah.
- Menyokong proses pembaharuan sel kulit anda.
- Meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin.

Bahan Utama :

- Muscadine grape
- Licorice (roots) berfungsi untuk melembabkan kulit.
- Lotus japonicus
- Schicandra chinensis
- Vital repair

Tips :

- Gunakan sedikit tebal jika tidur dalam penghawa dingin.


RADIANCE C+E


Mengandungi kepekatan vitamin C tulen sebanyak 20% bersama vitamin E.


Mencerah dan mengurangkan kesan penuaan pada kulit seperti jeragat.

- Kapsul dos yang mudah dan selesa.
- Mencegah daripada bahan teroksida.
- Mencerahkan bintik-bintik gelap.

Tips :

- Mulakan perlahan. Malam sahaja.
- Digunakan untuk merawat bintik hitam.
- Campurkan dengan night cream untuk kurangkan rasa pedih.
- Selangkan dengan serum untuk diguna pada waktu malam.
- Tingkatkan dos apabila kulit dan sesuai.

APA JENIS SET YOUTH YANG PERLU ANDA PAKAI?


Bagaimana untuk memilih set yang sesuai dengan kulit?

Untuk pengetahuan anda, Shaklee menyediakan tiga set untuk keperluan kulit yang berbeza.


1) Starter Set
- Sekiranya anda masih lagi muda dan tiada lagi tanda-tanda penuaan, kulit pun masih lagi cantik, tegang dan tidak lagi berkedut tapi anda ingin kekalkannya, anda boleh gunakan Youth Starter Set ini yang mengandungi cleanser, toner, pelembab siang dan pelembab malam.

2) Renew and Maintain Set

- Sekiranya anda masih lagi muda tetapi anda dah mula nampak tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kedutan, anda boleh ambil Renew and Maintain Set.

3) Intensive Treatment and Repair Set

- Sekiranya anda memang mempunyai tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kedutan, anda dikehendaki mengambil intensive treatment and repair set. Ianya mengandungi cleanser, toner, pelembab siang, pelembab malam, serum dan juga radiance C+E.
- Ini adalah set lengkap yang membantu mengurangkan penuaan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Ingin tahu pengenalan Youth Skincare boleh klik disini

Ingin dapatkan Shaklee Youth Skincare?


ATAU


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda dan keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?

HUBUNGI SAYA DISINI!!!

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE BAHARING
PAGE : PENGEDAR SHAKLEE BAHAU
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, JEMPOL,BATU KIKIR, SERTING, KUALA PILAH DAN GEMAS,N9

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAAALLAH

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!!



** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk sulpemen.