PETUA KURANGKAN RAMBUT GUGUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nur tahu, kita terutamanya wanita bertudung seringkali
mengalami masalah keguguran rambut ini. Ianya adalah masalah biasa kerana dalam
keadaan normal, manusia kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari.
Namun, jika ianya berlebihan dan berlanjutan, ia mungkin
dipengaruhi oleh faktor kesihatan yang menyebabkan rambut gugur. Tidak mustahil
ianya boleh menjadi tanda kepada penyakit yang tidak terduga. Minta dijauhkan
la ye daripada benda-benda yang tidak diingini ini.
Ramai yang sanggup berbelanja dengan jumlah yang besar
untuk merawat masalah keguguran rambut ini seperti membeli produk syampu yang
mahal, membuat rawatan di salon, dan membeli bermacam-macam jenis tonik rambut
tetapi masih juga tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Di sini Nur sertakan beberapa petua ataupun cara terbaik
bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan masalah keguguran rambut ini
daripada terus menghantui kita semua.
CARA MENGATASI KEGUGURAN RAMBUT
Basuh Rambut Selang 4-7 Hari.
Mencuci dengan kerap akan menyebabkan keadaan kepala dan
rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semulajadi yang
dihasilkan oleh kulit kepala. Yang paling penting bila syampu, hendaklah syampu
pada bahagian kulit kepala sahaja. Elakkan daripada menggosok pada helaian
rambut.
Pakai Minyak Kuatkan Rambut.
Minyak yang digunakan hendaklah minyak yang natural
seperti minyak argan ataupun minyak kelapa untuk disapu pada kulit kepala
mahupun keseluruhan helaian rambut. Sapukan cukup sekadar lima hingga tujuh
titik minyak sahaja ke seluruh bahagian kepala. Elakkan daripada bahan-bahan
yang ada bahan kimia.
Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat.
Bagi yang berambut panjang, gunakan getah lembut seperti
getah yang diperbuat daripada kain baldu. Jarakkan sedikit ikatan getah dengan
kulit kepala dan jangan ikat terlalu ketat supaya ikatan tersebut tidak menarik
bahagian akar rambut sehingga membuatkan ianya lemah.
Hentikan Mewarna Rambut.
Bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut akan
menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Tukang rambut akan
menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’ ketika anda mahu
menukar warna rambut tersebut.
Perbanyakkan Minum Air Putih.
Minumlah air putih yang mencukupi iaitu 4 hingga 8 gelas sehari. Ianya akan membantu menggalakkan rambut supaya cepat tumbuh kerana air putih akan menyalur
kelembapan pada rambut.
Makan Makanan Yang Tinggi Protein.
Seperti yang kita tahu, makanan yang mengandungi protein
turut ditemani faedah B-12 yang amat penting untuk badan kita terutamanya dalam
menguatkan rambut dan pertumbuhan rambut. Sumber protein yang boleh di dapati adalah
seperti ikan, kekacang seperti soya dan daging.
Hentikan Penggunaan Haba Pada Rambut.
Biarkan rambut anda kering dengan udara. Elakkan daripada
menggunakan pengering rambut yang mana haba panas akan membuatkan akar rambut
menjadi lemah dan boleh mematahkan rambut.
Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu.
Jika anda menyampu rambut ketika rambut kusut, risiko
untuk lebih rambut gugur adalah tinggi. Oleh itu, sebelum membasuh rambut
hendaklah ia disikat terlebih dahulu supaya ianya menjadi rapi.
Tocang Rambut Ketika Tidur.
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya
ke tepi leher. Cara ini dapat mengelakkan rambut gugur banyak dan rambut tak
kusut langsung selepas bangun dari tidur.
Jangan Kerap Sikat Rambut.
Tolong la! Dah tahu rambut tu senang gugur, jangan sikat
rambut. Kalau nak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.
Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di
bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari
bahagian kuit kepala ke bahagian tengah.
Guna Sikat Bergigi Jarang.
Cuba guna sikat yang bergigi jarang untuk tidak menarik
rambut sepenuhnya bila menyikat rambut.
SUPLEMEN TAMBAHAN
Anda juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk
menguatkan rambut dari dalam. Bila sel dalam badan sihat, insyaaAllah rambut
juga akan turut tumbuh dengan sihat dan keguguran rambut dapat diatasi. Antara
suplemen yang dicadangkan adalah :
- Mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut.
- Mengimbangi nutrien dan menggalakkan rambut sihat.
- Membantu penyerapan iron dan elak keguguran.
- Vitamin B3 (Niasin) - Ia berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala.
- Vitamin B6 (Piridoksin) - untuk mengelak rambut dari gugur dan penghasilan melanin untuk elak rambut dari beruban.
- Vitamin B12 (Sianokobalamin) - mengatasi masalah rambut gugur.
- Biotin - digunakan untuk menghasilakn keratin mengatasi masalah keguguran rambut.
- Serbuk dan kaya dengan protein.
- Untuk pertumbuhan rambut yang sihat, bina sel dan baiki sel kulit.
- Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.
- Sistem pembersihan yang lembut dan berpaten.
TESTIMONI
Di sini Nur sertakan beberapa testimoni yang telah menggunakan produk Shaklee untuk mengatasi masalah rambut mereka.
Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.
CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
PAGE : PENGEDAR SHAKLEE BAHAU
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081
COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.
SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH
** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan