Khamis, 27 September 2018

TIPS LUKA BERSALIN CZER CEPAT SEMBUH DAN KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN



PANTANG LARANG UNTUK IBU BERSALIN CZER YANG INGIN KEMBALI LANGSING



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa sini yang berpengalaman bersalin secara pembedahan? Apa perasaan korang masa dalam bilik bedah tu? Apa rasa kena bius? Seram kan kalau ingat balik, tapi tak serik jugak. Hihi

Berpantang bersalin czer ni sebenarnya sama je macam berpantang bersalin normal. Cuma agak rendah sikit dan kena lebih berhati-hati untuk pastikan luka czer cepat baik dan jaga luka supaya tidak terbuka. Bergerak pun kena lebih berhati-hati, jaga langkah dan cara/posisi mengurut pun kena ambil tahu.

Boleh urut ke kalau czer?


Boleh sebenarnya. Tapi kena cari bidan yang pandai. Boleh urut seawal tiga hari selepas bersalin. Jangan tunggu lama-lama nanti badan masuk angin.

Ini keadaan rahim selepas disahut yang mana selepas baby dikeluarkan. Di luar nampak elok, tapi kat dalam kita tak tahu.

Keadaan rahim selepas dijahit

Sebab tu tidak boleh cakap orang bersalin czer ni senang, bawah tak usik. Tapi sebenarnya orang czer ni lagi teruk sebab urat kemut kat bahagian perut kena potong sekali tau.

Bersalin czer boleh pakai bengkung?


Eh, boleh je sebenarnya ibu bersalin secara pembedahan berbengkung. Berbengkunglah yang membuatkan badan kita fit, perut kempis, punggung padat dan tak goyang/melebar je orang tengok tau.


Cari bengkung yang macam ni. Selesa dan sedap dipakai. Habis pantang pun boleh pakai lagi ataupun pakai korset.


Cara Untuk Menjaga Luka Czer


Pastikan tempat luka betul-betul kering.


Selepas mandi, lap kering-kering dengan tuala bersih. Tempat yang ada nanah atau darah sikit-sikit tu bersihkan. Tekap betul-betul. Biasa yang czer, perut akan berlipat kan? Yang berlipat tu tarik ke atas sikit. Jangan takut-takut.

Kalau terbatuk atau bersin, pegang perut tu, tekap dengan bantal untuk elak rasa sakit atau perut terkejut.


Pastikan tempat czer sentiasa kering.


Lap dan meringankan bawah kipas atau guna pengering rambut. Hujung pembuka dan penutup garis czer tu pastikan bersih dan kering juga. Hujung ni yang kena jaga.

Pakai panties yang cotton.


Dapatkan rawatan jika luka ada nanah yang besar atau nampak merah. Itu tanda-tanda luka ada infection. Kalau sikit-sikit tu, beli krim antibakteria di farmasi dan sapu dekat garis czer.

Boleh bersihkan keliling luka guna ubat pusat baby tu dengan cotton bud. Bersihkan bekas-bekas gam keliling luka. Semasa mandi, cucian sekali, jangan takut-takut dan jangan sesekali guna dettol atau apa-apa antiseptic (takut benang terbuka).

Jangan makan pati haruan atau pati gamat.


Makan pati haruan atau pati gamat luka memang cepat baik dalam dan luar. Akan tetapi, ianya dipercayai penyebab organ dalaman melekat (usus, ovari, pundi kencing).

Apabila didalam organ melekat-lekat, dikhuatiri bersalin czer akan datang berhadapan dengan risiko yang tinggi seperti baby lambat dapat dibawa keluar mengakibatkan baby lemas, pendarahan atau masa pembedahan menjadi lebih lama.

Oleh disebabkan itu, tidak kisahah pembedahan apa-apa pun yang melibatkan abdomen, jangan sesekali makan pati haruan atau gamat. Kandungannya yang tinggi steroid. Luka akan cepat baik, tetapi risiko dalaman melekat.

Keadaan usus melekat

Risiko Bersalin Czer


Jaga pemakanan.


Ambil makanan berkhasiat yang tinggi dengan protein, antioksida dan vitamin C. Air kosong juga perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Penting air yang cukup untuk luka cepat baik, proses ubat-ubat yang kita makan dan singkir toksin. Disarankan untuk minum air kosong segelas dua jam sekali dan bukannya togok sebotol terus ye bagi mengelakkan perut menjadi boyot. Hihi

Berbekung.


Sebenarnya amat penting pakai bengkung ini. Bukan sahaja untuk fitkan badan tapi untuk kawal pergerakan kita juga supaya tidak berjalan laju-laju macam orang tidak beranak.

Elak makanan yang menyebabkan gatal.


Bergantung kesesuaian badan masing-masing kerana badan kita ni tidak sama penerimaan makanan. Ada sesetengah alergi dengan makanan-makanan tertentu, ada sesetengah orang pula ok je takde masalah.

Kebiasaannya, kalau ibu jaga makan dan kawal pergerakan, luka czer akan baik dalam masa dua minggu. Akan tetapi jangan over excited pula ye sebab kat dalam kita tidak tahu. Tetap kena berpantang sampai habis.

Tips Penjagaan Luka Bersalin Pembedahan dan Kurus Walaupun Bersalin Czer.


Bersihkan tempat luka.


Keringkan, lap dengan tuala kering dan bersih, keringkan dibawah kipas atau pengering rambut.


Jaga Pemakanan.


Lebihkan pengambilan protein, zink dan vitamin C.
Elak makanan penyebab gatal seperti ayam cucuk, udang, sotong ataupun makanan laut yang lain.


Minum air kosong yang mencukupi.


Elakkan benda manis (boleh sebabkan batuk dan berkahak) jika batuk boleh mengganggu proses baikpulih luka atau bekas luka rasa sakit.

Jika batuk atau bersin, tekap / tekan perut tempat czer / tundukkan badan sedikit bagi mengelakkan perut tertarik atau terkejut.

Jangan sidai baju atau angkat jemuran dari ampaian selagi luka pembedahan belum baik atuapun kering.

Jangan cuba-cuba untuk menjadi kuat atau angkat benda berat kecuali angkat baby sahaja.


Kawal pergerakan.


Jangan terlalu lasak. Bergerak setelah habis pembedahn bantu peredaran darah yang baik. Minta bantuan suami atau sesiapa sahaja yang ada disisi.

Tidur mengiring.


Ianya dapat membantu ibu bangun dan meyusukan bayi dengan selesa.

Pakai bengkung.


Boleh pakai bengkung selepas dua minggu pembedahan. Tidak perlu takut, pastikan luka kering seawal mungkin. Pemakaian bengkung bantu tegapkan semula otot perut, punggung dan peha. Ianya juga membantu kembalikan bentuk badan dan pinggang yang ramping dalam masa yang sama pbantu punggung tidak menggeleber.


Nak Kurus Selepas Pembedahan?


Boleh sangat. Seronok kan bila dapat berat badan yang asal atau lebih kurus dari sebelum itu. Boleh dikatakan idaman bagi setiap ibu-ibu kan?

Tips Nak Kurus Selepas Pembedahan


Makanlah dengan portion yang betul iaitu suku suku separuh.


Minum air yang cukup. Sangat penting tau keperluan air untuk badan ni. Untuk susu ibu lebih lancar dan sistem perkumuhan badan kita. Setiap 25kg berat badan = 1 liter air

Susukan baby sekerap yang mungkin. Ianya dapat bantu rahim capat kecut dan kembali pada saiz asal serta bantu bakar kalori. Sebanyak 500 kalori dibakar sewaktu penyusuan.

Pastikan mak cukup keperluan vitamin dan makan pada waktunya.

Kurangkan benda manis dan berlemak. Tidak bagus juga untuk kesihatan kita kan.




Beginilah contoh sajian yang sihat. Nasi bukanah penyebab gemuk ye. Biasalah kita dah tentu susukan baby kan, makan pun selera je. Kalau cepat rasa lapar, lebihkanlah pengambilan protein. Pilihlah protein tumbuhan seperti kacang soya kerana ianya rendah lemak dan kolestrol.

Rajinkan diri pakai girdle ataupun korset walaupun dah habis pantang. Ianya membantu shape balik bentuk badan kita. Peha pu tidaklah melebar. Hihi

Senaman berkala. Siap cakap czer tidak boleh bersenam? Doktor galakkan orang bersalin czer ni buat senaman ringkas untuk lancarkan perjalanan darah. Yoga pun boleh. Senaman otot perut bantu kempiskan perut manakala senaman  kagel bantu fitkan kembali otot vagina.

Semoga entri Nur pada kali ini bermanfaat untuk anda semua. boleh klik disini untuk info set berpantang Shaklee.


Bagaimana Untuk Dapatkan Set Berpantang Shaklee?

ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL / SMS / WHATSAPP / TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan