Jumaat, 21 September 2018

VITALEA MULTIVITAMIN TERBAIK DARI SHAKLEE


KENALI VITALEA SHAKLEE




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada kali ini Nur ingin kongsikan mengenai multivitamin terbaik dari Shaklee iaitu Vitalea. Siapa yang tidak pernah makan Vitalea lagi jom kita lihat dahulu apa faedah dan sejarahnya.


Sejarah Vitalea




Pada tahun 1925, Dr Forrest C Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di dunia. Ini bermakna Vitalea sudah pun berusia lebih 100 tahun. Hebat kan? Tidak kedengaran lagi orang mati setakat ini sejak ambil Vitalea ni. Hihi. Jadi, ianya memang diyakini selamat.

Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang lengkap. Yang lagi istimewa, ianya tiada pewarna tiruan, pengawet tiruan dan perasa tiruan. Warnanya yang hijau disebabkan oleh salutan spirulina dari sumber tumbuhan semulajadi.

Vitalea Shaklee telah dipilih Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Vitelea mudah diserap oleh usus. Jika cepat menyerap, maka kesannya pun cepatlah kan. Vitalea ni nampak je keras, tapi bila telan ianya sangat mudah diserap.




Inilah bentuk rupa Vitalea yang dulu iaitu dalam bentuk cecair. Teknologi masakini telah mengubahnya kepada bentuk yang lebih mudah iaitu tablet yang kita lihat hari ini.

Siapa Sesuai Ambil Vitalea?



Hampir semua orang sesuai ambil Vitalea terutama jika berusia 18 tahun ke atas. Disebabkan itu, Shaklee juga mempunyai produk Vitalea untuk kanak-kanak.

Akan tetapi, di dalam Vitalea mempunyai sedikit kandungan alfalfa. Bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit LUPUS tidak boleh ambil alfalfa ye. Selain daripada pesakit LUPUS, semua orang boleh ambil Vitalea bermula umur 12 tahun.


Ibu Hamil

Ibu hamil sangat perlukan Vitalea sebagai bekalan zat besi. Zat besi ini penting untuk menghasilkan sel darah merah tambahan untuk bayi. Ibu hamil memerlukan hampir dua kali ganda bekalan zat besi berbanding wanita normal.

Ibu hamil semestinya akan dapat multivitamin atau tablet iron kalau pergi buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan kan? Kalau tidak makan, dikhuatiri terjadinya HB low pula. Zat besi yang tidak mencukupi boleh menyebabkan risiko bayi tidak cukup berat atau pramatang.

Zat besi yang tidak mencukupi juga akan memberi risiko kepada bayi dimana oksigen tidak dapat dihantar dengan mencukupi kepada bayi.

Ibu hamil memerlukan 27mg iron setiap hari. Satu tablet Vitalea mempunyai 9mg. Oleh sebab itu, untuk kesan terbaik, Vitalea boleh diambil tiga biji sehari. Bagi yang tidak hamil, dua biji sahaja sudah mencukupi.

Ibu Menyusu

Ibu menyusu memerlukan 9mg zat besi sehari. Jadi, Vitalea boleh diambil sebiji kalau ingin pastikan cukup bekalan zat besi harian.

Iron yang ibu menyusu perlukan adalah lebih sedikit berbanding ibu hamil. Akan tetapi, ianya masih lagi perlu diambil terutamanya sewaktu berpantang. Bila berpantang taknak la muka pucat pula kan?

Penghidap Anemia

Biasanya, pesakit anemia tidak cukup bilangan darah merah. Jadi, dengan pengambilan zat besi boleh membantu.

Mereka Yang Nak Cergas

Bagi memastikan badan sentiasa cergas, semestinya kena ambil zat besi yang mencukupi. Ada tak yang selalu rasa letih dan lesu? Walaupun tidur mencukupi dan sihat namun masih lagi letih tidak bermaya maka boleh cuba Vitalea ini.

Sebenarnya banyak lagi keadaan yang membuatkan zat besi ini penting diamalkan. Boleh dikatakan semua orang yang sihat pun boleh amalkan Vitalea kerana Vitalea adalah vitamin asas dalam Shaklee.

Makan vitamin ini bukanlah untuk yang ada penyakit semata, tetapi bagus untuk mereka yang ingin kekal sihat.

Tips Penyerapan Maksima Zat Besi


Pastikan ambil Vitalea bersama Vitamin C. Keadaan yang berasid akan meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Kalau tiada Vitamin C bolehlah  diambil dengan jus oren.

Pastikan bukan jus oren jadian iaitu sejenis jus tapi lebih gula berbanding jus sebenar. Terlebih gula nanti jadi kencing manis pula. 

Akan tetapi, tidak banyak jus yang diluar sana yang asli. Mesti bercampur dengan gula juga kan? Haa, nak selamat boleh la ambil Vitamin C ataupun buat jus sendiri.

Bagi mereka yang ada masalah HB low, boleh ambil Vitalea + Vitamin C + B Complex. Ini adalah gabungan mantap untuk yang ada masalah HB low.

Kalau boleh elakkan dan kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh jika ingin amalkan Vitalea ini kerana minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan iron. Paling tidak pun jarakkan masa dan ambil tidak lebih dua cawan sehari.



Tidak rugi pun amalkan vitamin ni. Kesannya bukan kita boleh lihat dengan serta merta tapi kalau kita amalkan dan tengok kesannya dalam 5,10 tahun akan datang, kita akan lebih sihat dan muda berbanding rakan sebaya yang lain. InsyaaAllah.

Zat yang cukup dan Vitamin yang cukup dalam badan membuatkan sel kita juga sihat. Kebanyakan orang yang dah ambil, kalau dia berhenti nanti dia pasti teringat ingat nak ambil balik. Hihi

Kalau multivitamin sintetik, bahaya kalau diambil dalam masa yang lama kerana ada kesan sampingan. Berbeza dengan Vitalea yang mana semulajadi dan tidak perlu risau dengan kesan negatif dalam jangka panjang. Disebabkan itu, Vitalea digalakkan untuk diambil setiap hari.


Testimoni Pengguna Vitalae Shaklee

Disini Nur sertakan sekali beberapa testimoni Vitalea.

Bacaan HB cantik selepas amalkan Vitalea

Vitalea untuk darah rendah dan tenaga

Vitalea untuk pesakit beguk

Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

Bagaimana Untuk Dapatkan Vitalea Shaklee?

h
ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan