Selasa, 21 Ogos 2018

VIVIX UNTUK KESIHATAN JANTUNG


BAHAYA SERANGAN JANTUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entri pada kali ini Nur ingin berkongsi mengenai penyakit jantung dan bagaimana Vivix bertindak keatasnya.

Seperti yang semua tahu, bahaya jika terkena serangan jantung ni. Kita ada masa 10 minit sahaja dari tempoh serangan untuk mendapatkan bantuan. Jika tidak, kita kemungkinan besar kita tidak dapat diselamatkan lagi.

Tanda-Tanda Serangan Jantung

  • Badan berpeluh
  • Terasa nak pitam
  • Sakit dada
Sebelum terjadi atau terkena serangan jantung ni, lebih baik kita usaha untuk jaga jantung kita sebaiknya.

Wanita biasanya jarang kita dengar terkena serangan jantung ini kan? Hal ini disebabkan wanita dilindungi oleh hormon. Akan tetapi peratusan untuk kena akan meningkat jadi seperti lelaki apabila wanita mula menopaus kerana hormon tidak melindunginya lagi.

Bagi perokok pula, kesannya akan lebih teruk kerosakan jantung berbanding orang yang tidak merokok. Bak kata pepatah, rokok dan jantung berpisah tiada. Huhu

Apa Itu Serangan Jantung?

Serangan Jantung berlaku akibat 'kematian' atau kerosakan otot jantung yang terjadi disebabkan saluran darah yang tersumbat secara tiba-tiba menyebabkan darah menjadi beku dalam salurannya yang sempit.

Punca Utama Serangan Jantung

Penyempitan Salur Darah

Punca utama serangan jantung adalah disebabkan oleh penyempitan salur darah yang tadi. Sebab itu bila ada penyakit jantung biasanya ada penyakit darah tinggi juga. Kenapa jadi darah tinggi?

Bayangkan bila laluan tu tersumbat, mesti lagi kena tekanan tinggi. Contohnya kita nak lalukan air dalam longkang. Longkang tersebut tersumbat jadi kita kena pancutkan air yang lebih kuat lagi untuk tolak kesemua sampah-sampah yang tersumbat tadi. Apabila bekerja terlalu kuat, ianya akan merosakkan sel otot jantung pula dikemudian hari.

Sebab utama jantung tersumbat adalah kolestrol dan lemak. Ianya tidak berlaku dalam sehari tetapi bila ia berkumpul, lama-kelamaan akan membentuk plak. Plak ini yang akan menghalang perjalanan darah tadi.

Makin banyak halangan, makin sukar untuk air melaluinya. Begitu juga dengan salur darah kita. Makin banyak kolestrol dan lemak, makin susah untuk darah sampai ke jantung.

Cara Elak Serangan Jantung

Sebenarnya, cara yang paling mudah untuk mengelakkan serangan jantung adalah dengan memastikan kita menjauhi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kebiasaannya, penyakit-penyakit sebegini akan membawa kepada masalah jantung.

Makan Pemakanan Seimbang

Untuk mengelakkan terkena sakit jantung, secara teorinya kenalah jaga salur darah tadi iaitu dengan menjaga pemakanan. Janganllah asyik duk hirup sup gear box je selalu. Bila dah kena penyakit jantung barulah teringat pasal gear box. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi dah.

Berhenti Merokok

Risiko berganda untuk dapat serangan jantung bagi yang menghisap rokok.

Bersenam 3 Kali Seminggu

Buatah sesuatu yang boleh keluarkan peluh. Jangan asyik makan tidur je ye. Tubuh badan kita juga memerlukan senaman untuk kekal sihat.

Selain daripada kesemua di atas, kita juga boleh mengamalkan memakan suplemen. Tapi bukan suplemen yang sembarangan ye. Kena fahami dan selidik dulu apa yang kita nak ambil. Dalam Shaklee, suplemen yang disarankan untuk pesakit jantung adalah Vivix.

Kenapa Vivix?

4 Fungsi Utama Polifenol Untuk Kesihatan Jantung

  • Meningkatkan kesihatan lapisan dalam dah salur darah.
  • Mengurangkan keradangan pada salur darah.
  • Bantu dalam pengekalan tekanan darah yang sihat.
  • Mengekalkan paras "platelet clumping" yang sihat.
Polifenol merupakan satu kompoun antioksida yang biasa terdapat pada tumbuhan tertentu. Tugasnya adalah untuk melindungi tumbuhan tersebut dari pelbagai penyakit dan polifenol ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan jantung kita. Salah satunya ialah menjaga kesihatan lapisan dalam arteri darah kita.


Fungsi yang lain adalah untuk mengawal keradangan. Keradangan berlaku apabila salur darah bermasalah yang menyebabkan laluan darah menyempit dan lama-kelamaan akan membentuk parut.


Testimoni Pengguna Vivix Untuk Pesakit Jantung

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2
Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Jikalau anda berniat dan berminat untuk dapatkan vivix, Nur cadangkan ambil 2 botol terus untuk melayakkan anda dapat keistimewaan daripada Shaklee.

Jika anda dapatkan 2 botol Vivix hari ini, anda automatik layak menikmati :-

- Harga penjimatan ahli
- Member kit
- Cash bonus
- Free postage
- Support group



 Bagaimana Untuk Dapatkan VIVIX Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.






Sabtu, 18 Ogos 2018

APAKAH ITU DIABETES DAN RINTANGAN INSULIN?


PUNCA RINTANGAN INSULIN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri Nur pada kali ini adalah berkenaan dengan diabetes ataupun dengan erti kata lain kencing manis. Kebiasaannya, diabetes ni ada DUA jenis.

JENIS 1: memang tidak boleh hasilkan insulin.
JENIS 2: samada insulin tidak cukup atau menghadapi masalah rintangan insulin.

Kali ni kita fokus yang JENIS 2 ye.

Apakah Ia insulin?


Insulin adalah salah satu jenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas kita. Ianya berfungsi untuk membantu penyerapan glukosa menjadi tenaga. Kalau insulin tiada maka huru hara lah glukosa dalam darah yang mana akan terlampau banyak tanpa ditukar kepada tenaga.

Punca Rintangan Insulin

  • Obesiti
  • Ibu hamil (gdm)
  • Stress
  • Ubatan steroid
  • Jangkitan kuman
  • Tidak bersenam
  • Diet tidak seimbang

Pankreas mengeluarkan hormon insulin. Tapi bila badan ada masalah rintangan insulin, pankreas tidak boleh menjalankan tugasnya dengan baik.

Contohnya, apabila kita makan, gula dalam darah sepatutnya ditukar kepada tenaga dengan bantuan insulin yang bertindak sebagai kunci untuk glukosa diserap oleh sel. Akan tetapi, bila kunci (insulin) jadi rosak, maka ianya tidak boleh bagi isyarat pada sel untuk serap gula tadi menjadi tenaga.

Insulin ni dia bawa gula tu nak masuk ke dalam sel, tok, tok, tok...dia ketuk pintu. Sel tak dengar la pula mungkin dia ketuk tak kuat tu sebab dah rosak kan. Jadi sensitiviti tak berapa kuat. Dah sel tak dengar dia tak buka la pintu nak bagi gula tu masuk.

Si gula ni pula duk berlegar dalam darah sebab tidak boleh nak masuk dalam sel. Si pankreas pula bila beraku keadaan macam ni dia pun panik dan hasilkan lebih banyak insulin. Lama kelamaan pankreas terpaksa bekerja keras untuk hasilkan labih insulin, akhirnya ia pun rosak sama.

Gambar kat atas menunjukkan yang glukosa tidak boleh nak masuk ke dalam sel.

Cadangan Suplemen Untuk Diabetes


Supelemen untuk diabetes yang dicadangkan adalah Vivix Shaklee. Vivix ni bukannya ubat untuk sembuhkan diabetes tau, ianya adalah suplemen tambahan. Vivix sangat bagus untuk mereka yang menghidap kencing manis.

Kandungan Vivix Yang Membantu Masalah Diabetes

Salah satu kandungan istimewa Vivix adalah polifenol. Polifenol inilah yang membantu mengawal keseimbangan paras glukosa dalam darah.

Apa Itu Polifenol?

Polifenol adalah satu sebatian dalam tumbuhan. Ia berfungsi sebagai antioksidan. Untuk tumbuhan, kewujudan polifenol adalah untuk melindungi tumbuhan itu dari kerosakan, bantu kuatkan dan bantu hadapi rintangan cuaca.

Salah satu khasiat polifenol untuk pesakit diabetes adalah membantu pengawalan glukosa dalam darah.

Di dalam Vivix terdapat bukan hanya satu gabungan polifenol, tetapi 15 gabungan polifenol hebat tau! Jikalau satu dah hebat, kalau berbelas? Lagi la hebat kan. Paling best, polifenol ini 10 kali ganda lebih hebat dari resveretrol. Resveretrol ini dikenali sebagai raja antioksidan.


Kalau nak rawat sesuatu biarlah dari puncanya. Dengan Vivix, kita perbetulksn punca dia di samping pesakit itu sendiri kenalah amalkan pemakanan yang sihat. Bila punca dirawat, barulah masalah dapat diselesaikan.

Bagi yang tidak mampu ataupun yang inginkan suplemen diabetes yang bajet, boleh cuba set di bawah ini.


B COMPLEX - Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC COMPLEX - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


VITALEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap.

VITAMIN C - Mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita.

ALFALFA - Menstabilkan gula dalam darah.

CAROTOMAX - Menghalang penglihatan kabur.

Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Jikalau anda berniat dan berminat untuk dapatkan vivix, Nur cadangkan ambil 2 botol terus untuk melayakkan anda dapat keistimewaan daripada Shaklee.

Jika anda dapatkan 2 botol Vivix hari ini, anda automatik layak menikmati :-

- Harga penjimatan ahli
- Member kit
- Cash bonus
- Free postage
- Support group


 Bagaimana Untuk Dapatkan SET DIABETES Shaklee?



ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.




TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN

BADAN KURUS DAN LANGSING SELEPAS BERSALIN



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri Nur pada kali ini adalah berkenaan dengan topik yang ibu suka iaitu tips kembali kurus selepas bersalin.
Mesti ramai ibu-ibu yang takut gemuk selepas bersalin kan?Nur pun tidak terkecuali sebab dalam kepala memang nak bentuk asal balik macam sebelum hamil. Hihi

Nur nak tanya la sikit, ada tak ibu yang betul-betul berpantang cara tradisional kat sini? Kalau ada, Alhamdulillah. Tapi tidak ramai yang betul-betul jaga pantang kan?

Sebenarnya, kalau nak ikutkan kita ni kena jaga pemakanan sebelum kita mengandung lagi tau. Bila mengandung, kena makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kadang-kadang kita orang perempuan ni kalau makan tu mesti duk cakap makan untuk dua orang kan. Tu yang tersasar dan terbabas tu. Hihi

Pemakanan ketika mengandung perlu dititikberatkan. Makan makanan seimbang dan berzat. Jangan makan sembarangan tapi tiada khasiat. Yang ada hanyalah lemak bertimbun yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, hb low dan lain-lain.

Banyak kesan buruk kalau kita tidak menjaga pemakanan ni kan? Jadi sekarang jom kita lihat apakah tips yang boleh kita buat untuk turunkan berat badan selepas bersalin.

Memang tidak dinafikan sejurus selepas bersalin tu kita akan kehilangan berat badan yang banyak. Tak kata orang lain, bersalin anak kedua Nur turun 13kg selepas bersalin tu tau. Tapi lemak-lemak jahat kat perut tu tidak pula diangkut sekali kan. Hihi

Walaupun kita kehilangan beberapa kilo, tapi lemak masih ada membuatkan perut jadi menggeleber, buncit dan juga peha besar. Tengok keadaan la belah mana anda simpan lemak-lemak tu semua. Kita tak sama, kadang ada kat perut, kat peha, kat bontot. Dia duduk je mana-mana yang dia nak. Hihi.

TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN


Makan makanan yang seimbang

Ok, yang pertama kita buat makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kesihatan baby dan ibu. Bukan ibu sahaja yang perlukan zat, baby pun sama sebab kita menyusukan baby. Ibu-ibu boleh mengambil makanan yang berzat, ada protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil makanan yang berikan tenaga dan juga kaya dengan zat besi.

Pengambilan susu juga bagus untuk kekuatan tulang kita dan juga keperluan kalsium dalam badan. Luka kita akan semakin kering dan sembuh seiring denga pengambilan makanan yang berkhasiat. Jangan sesekali nak amalkan diet. Diet ni akan buat kita hilang tenaga dan juga tiada nutrisi untuk baby.

Penyusuan secara ekslusif

Anda mestilah menyusukan baby secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan lebih bagus sehingga umur 2 tahun. Hal ini kerana, kesan dari penyusuan baby ini akan membantu anda untuk membakar kualiti yang tidak diingini tu.

Tahukah anda? Penyusuan baby ini sangat special kerana menyusukan baby akan membantu membakar 500 kalori sehari. Ianya juga membantu rahim untuk cepat mengecut kepada saiz yang biasa. Kesan yang akan dapat ialah perut kempis.

Badan cepat kurus bukan bererti jadi tidak cantik, tapi lemak-lemak tu akan hilang. Ada je ibu yang takut untuk menyusukan baby sebab takut tak cantik. Jangan sesekali jadi seperti ini tau kerana banyak sangat manfaat penyusuan ini untuk ibu dan juga baby antaranya untuk mengeratkan hubungan ibu dan baby, elakkan kanser payudara, memberikan rasa nyaman kepada baby dan untuk elakkan tekanan.

Berbengkung

Sejak zaman dahulu kita wanita melayu dan amalkan amalan berbekung. Kata mak-mak dulu bagus untuk kembalikan bentuk yang kurus dan langsing. Tapi zaman dulu bengkungnya agak rumit. Kena lilit-lilit bagai tapi sekarang dah ada yang moden. Takde alasan lagi dah tau.

Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, secara automatik badan akan kenyang. Bengkung ni juga berfungsi membakar lemak jahat dan membuang lebihan angin dalam badan. Anda boleh buat sapuan kapur sirih dan juga limau nipis dibahagian perut sebelum memakai bengkung. Ianya membantu untuk melangsingkan perut.

Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, kurang digalakkan untuk berbengkung. Anda disarankan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu diikat. Ikut keselesaan masing-masing juga ye.

Kalau nak diikutkan, berbengkung ni sepanjang hari. Kalau zaman dahulu, mereka akan berbengkung sepanjang hari. Berbeza dengan kita sekarang yang hanya beberapa jam sahaja. Perut akan kempis dan langsing kalau ikut cara yang betul.

Bertungku

Bertungku ni bagus untuk buang angin, bakar lemak jahat dalam badan dan membantu keluarkan darah kotor yang ada dalam badan.

Minum air teh hijau dan buah epal

Amalan ni bagus untuk membakar lemak jahat dibahagian perut dan ianya juga antioksidan.

Sarapan

Jangan cuba untuk tidak makan pagi ye. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta protein yang non-GMO, kurangkan garam dan gula. Mangga, anggur dan brokoli boleh membantu anda untuk kuruskan badan selepas bersalin. Ianya juga mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi.

Mengambil salad dan sayuran ketika makan malam adalah pilihan yang baik daripada mengambil snek segera untuk hilangkan lapar. Usahakan untuk makan dengan teratur.

Tidur yang cukup

Ambil masa tidur yang berkualiti. Tidak dinafikan ibu akan kurang tidur dan keletihan. Tapi masa tidur yang terganggu akan mempengaruhi penghasilan susu ibu dan memberi tekanan kepada ibu. Paras kortisol juga akan meningkat lalu menyebabkan metabolisme ibu tidak efisyen untuk membakar kalori.

Untuk menstabilkan paras kortisol itu, anda boleh kurangkan pengambilan kafein dan elakkan tekanan atau stress. Kalau ibu stress, penghasilan susu ibu akan terjejas dan kalori yang akan terbakar pun semakin berkurangan. Akhirnya berat badan ibu turut bertambah.

Senaman

Sebaiknya lakukan senaman ringan yang membantu membakar lemak jahat di badan. Tidak perlu buat senaman yang berat, buat yang santai-santai sahaja. Yang penting senaman yang berkualiti. Berat badan selepas bersalin akan berkurangan jika ibu konsisten amalkan senaman dan juga menjaga pemakanan.

Tips kuruskan badan amatlah mudah tapi cara kita amalkannya yang akan memberikan kesan besar dalam hidup seharian kita. Ramai yang tahu cara berpantang dengan baik tapi malas nak diamalkannya. Jadi, kita kenalah paksa diri kita untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga baby.

Ada satu lagi tips yang boleh membantu ibu-ibu bertenaga dan juga kurus langsing iaitu dengan pengambilan Set Vitamin. Ianya bukan sahaja untuk kurus dan langsing, bahkan untuk membantu cepat sembuhkan luka, bekalkan nutrisi, pekatkan susu sekaligus perbanyakkan susu ibu.

VITAMIN UNTUK IBU BERPANTANG 



Set ini bukan sahaja sesuai diambil ketika dalam pantang sahaja malahan selepas berpantang dan menyusu pun boleh sambung makan lagi. Jimat kan? Di dalam set ini juga ibu boleh pilih mengikut kesesuaian dan juga bajet yang ada. Akan tetapi, jika ibu menginginkan kesan yang optimum kepada kesihatan badan, boleh ambil satu set terus.

VITAMIN C - Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan, memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.
B COMPLEX - Menstabil hormon dalam badan, memberi tenaga dan emosi lebih seimbang
VITALEA - Memberi tenaga dan mengandungi zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.
ESP - Memberi tenaga, membantu penghasilan susu dan memperbanyakkan susu badan.
OSTEMATRIX - Membekalkan kalsium dan membantu masalah sembelit semasa ibu berpantang.
LECITHIN - Hilangkan bengkak susu dan bakar lemak.
GARLIC COMPLEX - Antibiotik semulajadi dan buang angin.

Jikalau ibu-ibu malas untuk telan banyak pil, boleh ambil Vivix je untuk kesihatan menyeluruh. Boleh baca info tentang Vivix untuk berpantang DI SINI.


TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Disini Nur sertakan bersama beberapa testimoni ibu-ibu yang telah mengambil suplemen Shaklee untuk semasa dalam pantang.

BERTENAGA BILA BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

BERTENAGA DAN BERAT BADAN TURUN DENGAN ESP

BADAN SEGAR, SUSU BANYAK DAN BADAN MAINTAIN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE
BERAT BADAN TURUN DENGAN VIVIX

SIHAT DAN BERAT TURUN DENGAN VIVIX



 Bagaimana Untuk Dapatkan SET BERPANTANG Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.



Rabu, 15 Ogos 2018

KENAPA PERLUNYA DETOKS?


KEPENTINGAN DETOX KEPADA TUBUH BADAN


Entri pada kali ini Nur ingin berkongsi mengenai DETOX. Bukan baju je yang perlu di cuci, organ dalaman kita pun perlu di cuci tau. Organ dalaman kita seperti perut, usus, hati dan buah pinggang mengambil masa untuk cernakan apa yang kita telah makan.


Lebih daripada 90% masalah kesihatan manusia berasal dari usus besar (kolon) yang tersumbat iaitu kotor. Jangan ambil mudah dengan masalah sembelit. Itu salah satu petanda usus korang kotor dan perlukan bantuan.

Kalau dah cuba macam-macam cara tapi berat tetap maintain ataupun turun sikit lepas tu naik balik, apa kata amalkan detox. Badan kita ni macam enjin tau, sesekali kena servis supaya kembali aktif macam baru, bersih dan lancar bergerak.

Dengan detox ia dapat bantu “reset” balik mindset dan juga setting dalam badan kita ni. Dapat kurangkan rasa craving banda-benda manis dan yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.


Jaga makan dan amalkan suplemen yang betul. Singkirkan toksin, lelemak dan kolestrol tak perlu dari badan. Minum air secukupnya dan bersenamlah untuk keluarkan toksin melalui sistem perpeluhan.

Kalau korang rasa badan cepat letih, lesu, asyik nak tidur je pastu naik jerawat tak menentu, silalah berdetox.

Apa faedah detox?

  • Toksin dibersihkan dari badan, jadi boleh ucapkan selamat tinggal kepada jerawat.
  • Masalah sembelit dapat diatasi.
  • Membantu mereka yang mempunyai maslaah bau badan dan bau mulut.
  • Meningkatkan kesihatan, kerana apabila usus sihat InsyaaAllah badan pun akan rasa lebih ringan dan segar.
Kalau nak tahu, banyak beza kurus dengan berdiet, atau kurus dengan berdetox ni. Kalau diet semata-mata, mungkin turun berat dengan cepat tapi berat naik pun dengan cepat. Dia panggil yoyo effect. Turun naik turun naik. Tapi kalau detox, ia lagi berkesan dan tiada yoyo effect pada berat badan kita. InsyaaAllah.


Selain untuk kurus, ada juga yang detox untuk singkirkan parasit. Ada sesetengah orang cakap mengarutlah detox nak singkirkan parasit ni. Eh, korang tak tahu ke? Nabi pun suruh kita puasa pada hari putih tau? Hari putih tu pada tengah-tengah bulan Islam iaitu 14, 15 dan 16 hari bulan iaitu hari bulan penuh.

Pada ketika inilah parasit-parasit dalam tubuh kita duk mengganas tau. Kita pula masa inilah semua benda nak craving kek lah, benda manis lah, makanan ringan lah, semua bedal.

Bukan itu sahaja, orang-orang tua zaman dulu ada cakap, kalau nak makan ubat cacing, makan la ketika bulan mengambang, kenapa? Sebab masa bulan mengambanglah cacing dan parasit semua tengah aktif.

Jadi, detox ni bagus sebenarnya jika kita amalkan. Penyakit kan datang dari perut. Kalau perut tidak dijaga dengan baik, penyakit pun senang nak dapat kan. Jom la kita rajin-rajinkan diri untuk detox usus dan detox parasit yang ada dalam badan kita agar sihat selalu. InsyaaAllah.

Tahu tak Vivix merupakan agen detox paling best?


Kenapa Vivix best?

  • Detox satu badan sebab boleh bertindak sehingga ke peringkat DNA.
  • Bantu menyingkirkan bahan toksin daripada tubuh.
  • Perbaiki aliran darah ke organ dalaman.
  • Kulit lebih cerah dan berseri.
  • Meningkatkan kecekapan sistem penghadaman.
  • Membantu menurunkan berat badan dan paras kolestrol LDL.
Mengamalkan Vivix memang mudah. Hanya sesudu teh sahaja sehari, toksin dalam badan pun lari!

Selain itu, ada lagi agen detox yang lain tau. Antaranya :

Alfalfa

  • Untuk buang toksik dari badan.

DTX

  • Untuk detox hati. Bagus bagi mereka yang ada masalah fatty liver.

Peppermint Ginger Plus

  • Untuk buang angin dalam badan. Yang mengalami morning sickness tu insyaaAllah boleh lega apabila ambil Peppermint Ginger Plus ni.

Herb lax

  • Untuk melegekan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.

Garlic

  • Mencuci darah dan menyingkirkan toksik dari logam dalam badan

TESTIMONI SET DETOX SHAKLEE

Turun 2kg selepas 4 hari detoks

Pinggang mengecil dan warna kulit sekata selepas detox

Stop craving makanan pada waktu malam setelah detox
Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Jikalau anda berniat dan berminat untuk dapatkan vivix, Nur cadangkan ambil 1 set detox terus untuk melayakkan anda dapat keistimewaan daripada Shaklee.


Jika anda dapatkan 1 Set Detox hari ini, anda automatik layak menikmati :-
- Harga penjimatan ahli
- Member kit
- Cash bonus
- Free postage
- Support group



 Bagaimana Untuk Dapatkan SET DETOX Shaklee?

ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.