Khamis, 23 Mac 2017

TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU


CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU


Ibu menyusu mesti mengekalkan momentum tenaga dan diri untuk cergas dan sihat. Tambahan pula ibu menyusu bukan sahaja berkhidmat untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan suami. Maka tidak hairanlah ibu-ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri kuaran dan dalaman demi menjayakan misi 3 dalam 1 ini. Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tip berikut tanpa culas.

1) Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam.
Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh sebab itulah, apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu payu dara kerap dikosongkan. Ia tidak benar ya! Sebetulnya, lebih kerap payu dara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2) Usah tunggu sehingga penuh.
Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah cara anda itu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ditempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilakn susu untuk keperluan bayi. 

3) Tandem pumping.
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

4) Kebaikan penyusuan malam.
Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5) Minum air mencukupi.
Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi para ibu menyusu, anda disarankan minu sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

TEKNIK POWER PUMPING

1) Pam Tunggal
Pam payu dara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara kiri pula untuk tempoh 10 minit juga. Tukar semula ke payu dara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payu dara kiri. Lakukannya secara berterusan selama sejam.
2) Pam Berganda
Pam kedua-dua belah payu dara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit lagi. Setelah itu, rehat 10 minit dan pam lagi selama 10 minit sehingga cukup tempoh satu jam.   

TIP TAMBAHAN
- Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.
- Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah, anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.
- Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap perahan susu itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping digabungkan di dalam satu bekas.
Sumber : Majalah PaMA

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU
Bagi kebanyakan ibu, Set Menyusu Shaklee menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan dengan hasilnya. Selain daripada supply and demand (konsep utama yang WAJIB ibu-ibu patuhi), keadaan badan ibu pun mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu ye.

 
Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Energizing Soy Protein Shaklee terutamanya banyak membantu memberi manfaat kepada ibu. Hal ini kerana selain membantu sebagai 'milk booster', ESP juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekakan tenaga berpanjangan.
Set Menyusu Shaklee ini juga dapat memeperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Dalam set ini, ibu-ibu boleh pilih mengikut kepada kesesuaian dan bajet yang ada. Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh ambil set penuh terus kerana ianya melengkapi keperluan ibu yang menyusu. Ia terdiri daripada milk booster + suplemen lengkap + kalsium + tambah tenaga.
Ia merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan kita sepanjang tempoh penyusuan dan membantu seimbangkan sumber nutrien penting bagi menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak.

ANTARA TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE







 

Berminat untuk order Set Penyusuan Shaklee?
Boleh klik disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan