Khamis, 2 Mac 2017

3 RISIKO BAKAL DIHADAPI PENGHIDAP OBESITI





 OBESITI MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT

Bab kolestrol ramai rasanya orang tahu.
Tahu macam mana?
Bila sebut KOLESTROL, tahu tak?
Ooohh tahu..lemak tak bagus. Itu kalau tanya sesiapa pun macam faham kan.
Tapi sejauh mana orang amik kisah dengan paras kolestrol dia sendiri?
Biasa kalau check pun apabila TERPAKSA..kan..kan..kan..

APAKAH ITU OBESITI?

Secara ringkasnya, obesiti merupakan pengumpuan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.



 
Ini antara keratan akhbar yang menunjukkan kadar obesiti di negara Malaysia. Ramai kan. Tidak hairanlah jika semakin hari jumlah kadar obesiti semakin naik sekiranya kita sendiri yang tidak menjaga kesihatan tubuh badan.

KESAN OBESITI

Seperti yang sedia maklum, lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepasa tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

A. Mati awal (disebabkan penyakit) 

1) Diabetes.

2) Serangan jantung.
- Paras kolestrol menigkat, terutama kolestrol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolestrol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

3) Strok.

4) Gangren.

5) Tekanan darah tinggi.

6) Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (sakurab makanan), payudara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada.)

7) Sindrom apnea tidur.
- Berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu.
- Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

8) Masalah pernafasan.
- Ini kerana lemak, viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolok paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru berkembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

B. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

1) Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangan kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

2) Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan, pernafasan tersekat ketika tidur.

3) Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

4) Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabails kita menjadi terlau gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

5) Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

6) Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.

C. Kesan psikologi.

1) Resah dan gelisah.

2) Tertekan dan murung.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASAI OBESITI
Terdapat langkah-langkah yang boleh anda cuba untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam kalangan kita. Antaranya :

- Pemakanan yang seimbang.
- Makanan dan kesuesuaian.
- Senaman.
- Mengubah tabiat.
- Ubat-ubatan.

SUPLEMEN YANG DICADANGKAN

Alfalfa Complex - Retensi air, detok
Vitalea - Tingkatkan metabolisme
Herb-lax - Bersihkan usus
Lecithin - Pengemulsi lemak
Omega Guard - Bakar lemak, minyak ikan terbaik
Phytocol - Bagus untuk kolestrol
Esp - Retensi air
Cinch Tea - Tingkatkan metabolisme
Cinch Shake - Imbangkan nutrien dengan leucine, rendah kalori

Bagi anda yang tercari-cari suplemen tambahan untuk membantu mencegah obesiti, kegemukan dan juga menjaga paras kolestrol, Shaklee ada sediakannya.
Yang bestnya, suplemen Shaklee merupakan pilihan terbaik kerana mempunyai hasil kajian dan landmark study oleh pakar-pakar saintis yang terkenal.
Untuk membuat satu-satu produk tu, Shaklee telah melakukan kajian berpuluh-puluh tahun lamanya untuk memastikan kualiti produk tersebut.
Bagi pengamal suplemen Shaklee tahulah bagaimana ummph nya setelah mengamalkannya secara konsisten.

Berminat untuk order SET OBESITI Shaklee?
Boleh KLIK DISINI
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**













Tiada ulasan:

Catat Ulasan