Rabu, 22 Mac 2017

KETAHUI ZAT PEMAKANAN IBU HAMIL AGAR KEKAL SIHAT




Menantikan cahaya mata yang sihat dan sempurna sifat fizikalnya semestinya sesuatu yang ditunggu oleh seorang ibu. Tiada ibu yang menginginkan sesuatu yang buruk berlaku kepada bayi dalam kandungannya itu. Jom ketahui zat pemakanan berserta suplemen Shaklee yang perlu diambil oleh seorang ibu hamil agar ibu dan anak kekal sihat. (^_^).

SEBELUM HAMIL
Usaha untuk menimang cahaya mata memerlukan anda memberi lebih perhatian kepada apa jua yang dimakan. Anda perlu memastikan tubuh bersedia untuk "menerima" bayi yang bakal dikandungi. Hal ini bermaksud anda pastikan tubuh dipenuhi dengan bekalan pelbagai jenis zat pemakanan.

Asid Folik
Zat pemakanan ini merupakan sesuatu yang sangat penting sebaik sahaja anda memutuskan mahu hamil. Ia sangat bermanfaat dalam membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada bayi. Masalah ini menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang.
Dua kecacatan biasa akibat masalah ini ialah spina bifida dan anencephaly. Bagi kecacatan spina bifida, tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika dibulan pertama kehamilan. Lazimnya, akan berlaku kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh dikaki. Sementara itu, anencephaly pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya. Bayi yang mengalami anencephaly sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dia dilahirkan.
Bagi yang sedang mencuba untuk hamil, anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mcg sehari untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Anda perlu mengambilnya lebih awal kerana pembentukan tiub neural bermula saat benih berjaya disenyawakan.
Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah bayam, ubi bit (beetroot), asparagus, hati, brokoli, oat, jagung, betik, oren dan banyak lagi. Namun, adalah sukar untuk memastikan tubuh anda melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan jika hanya bergantung kepada sumber makanan. Oleh sebab itulah, anda perlu mengambil suplemen asid folik seperti yang biasa dibekalkan oleh doktor. 

Zink
Anda mungkin pernah dengar tentang makanan yang kaya dengan zink seperti tiram merupakan sumber makanan terbaik untuk merangsang kesuburan individu. Hal ini kerana zink adalah mineral penting yang membantu kesuburan dan pembiakan manusia. Untuk hamil, tambahkan pengambilan zink dalam makanan harian. Anda boleh melakukannya dengan mengambil makanan-makanan seperti bijan, kekacang, kambing dan jangan lupa tiram juga! 

Vitamin C
Untuk hamil, sudah tentu anda perlu kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Makanan yang tinggi kandungan vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus, kiwi, strawberi dan sayur-sayuran hijau. Memandangkan vitamin C larut air, ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi, anda perlu pastikan tubuh mendapat keperluan vitamin C yang cukup setiap hari. 

KETIKA HAMIL
Setelah disahkan hamil, anda perlu berterusan mengamalkan corak pemakanan yang sihat agar tahap kesihatan sedia ada anda dan bayi dalam kandungan berada di tahap yang memuaskan. 

Asid folik
Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil  asid folik sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu. Hal ini kerana sepanjang tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukkan. Selain daripada itu, ketahuilah bahawa asid folik membantu membina DNA bayi. 

Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon.
Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium. Sumber ini anda boleh dapatkan daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu. Antara lain, kebanyakan makanan seperti merjerin dan bijirin sarapan pagi diperkaya dengan vitamin D. Cara paling senang ialah dengan memdedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.

Zat besi
Kira-kira 10 hingga 15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Oleh sebeb itulah anda perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Anda memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandungi juga. Sama juga halnya dengan uri anda. Ia juga memerlukan zat besi yang mencukupi.
Untuk itu, dapatkan suplemen zat besi seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Anda juga boleh menambah darah dengan mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kerinf dan kekacang.

Iodin
Kekurangna iodin adalah penyebab utama yang boleh menyebabkan masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Untuk ibunya pula, masalah kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati dan beberapa komplikasi yang lain. Bagi memastikan diri mendapat sumber iodin mencukupi, anda perlu mengambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.

Zink
Sama seperti zink yang penting untuk kesuburan dan pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zink. Namun, elakkan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi yang semakin menurun ketika ini jika tahap kesihatan tidak dipantau sebaik-baiknya.

Vitamin C
Vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, ketika hami, pengambilan vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannyauntuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bayi juga.

Omega 3
Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandungi. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber terbaik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3. 

Sumber: Majalah PaMa  

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL
Suplemen tambahan juga penting kepada ibu hamil kerana dikhuatiri zat makanan yang diambil oleh mereka tidak mencukupi dan tidak memadai. Antara suplemen yang dicadangkan adalah set lengkap kehamilan dari Shaklee. Shaklee merupakan vitamin yang semulajadi, selamat dan insyaaAllah berkesan jika diamalkan secara konsisten.

KEISTIMEWAAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

1) Energizing Soy Protein (ESP)

- Membekalkan protein untuk membina sel, tisu enzim dan otot ibu dan bayi dalam kandungan.
- Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan.
- Mengurangkan risiko janin menjadi cacat.
- Membantu penghasilan susu badan.

2) Vitalea With Iron (multivitamin)
- Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup.
- Elakkan pitam dan anemia (kekurangan darah merah).
- Wajah tidak kelihatan pucat.

3) Vitamin B Complex

- Membantu mengawal tekanan.
- Mengelakkan pigmentasi.
- Membantu kelembapan kulit.
- Membantu pembebasan tenaga dari makanan.
- Penting untuk pembentukan darah dan hormon.

4) Vitamin C
- Membantu bekalkan keperluan vitamin c harian dalam tubuh.
- Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser.
- Tiada pengawet dan pewarna.

5) Omega Guard

- Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi.
- Membantu mengawal stress pada ibu.
- Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak.

6) Ostematrix

 
- Membekalkan kalsium untuk membina tulang dan sel bayi.
- Mengelakkan kekejangan otot dan sakit badan.
- Mengelakkan sembelit.
- Senang membuang dan lawas.
- Menstabilkan denyutan jantung.

TESTIMONI SET KEHAMIAN SHAKLEE







 


Berminat untuk order Set Kehamilan Shaklee?
Boleh klik disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**





 





  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan