Sabtu, 15 September 2018

KHASIAT ELDERBERRY YANG TERKANDUNG DALAM VIVIX SHAKLEE

RAMUAN ISTIMEWA VIVIX SHAKLEE


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada kali ini Nur ingin berkongsi mengenai salah satu kandungan istimewa yang terdapat di dalam Vivix Shaklee iaitu Elderberry. Seperti yang sedia maklum, di dalam Vivix mengandungi beberapa ramuan yang cukup istimewa seperti anggur muscadine, purple carrot, polyganum cuspaditum dan juga elderberry.

Pengenalan Elderberry



Inilah bentuk buah elderberry tu. Kecil comel dan berwarna purple gelap. Siapa yang pernah makan elderberry yang seperti dalam gambar di atas ini? Nur tidak pasti pernah makan atau tidak, yang pasti pernah rasanya dalam Vivix je. Hihi

Kalau di Malaysia mungkin agak susah sikit nak jumpa elderberry ini. Akan tetapi kalau di Europe atau Asia Barat mungkin senang untuk dapatkan buah elderberry ini.

Khasiat Elderberry



Terdapat banyak khasiat elderberry ini terhadap kesihatan kita. Elderberry ini kaya dengan antioksidan dan juga sangat membantu dalam menguatkan sistem imun badan kita dalam melawan pelbagai jangkitan dan penyakit.


Elderberry sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang mana memberi kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL, oksidasi LDL dianggap sebagai salah satu penyebab penting terjadinya penyakit kardiovascular.

Selain itu, elderberry juga membantu untuk kesihatan mata kerana ederberry mengandungi beta carotene yang sememangnya bagus untuk mata.

Elderberry mengandungi bioflavonoids yang membantu memusnahkan virus dan juga sebagai anti kanser. Kajian yang dijalankan di makmal oncology menunjukkan elderberry dapat membantu menstimulate imun sistem badan dan hasil penelitian disana, ianya dapat merawat pesakit kanser dan AIDS dengan menggunakan elderberry ini.

Bagi pesakit jantung dan kolestrol tinggi pula, senang bila ambil Vivix ni kerana kandungan dalam Vivix membantu merendahkan paras kolestrol dan mengelakkan daripada terkena strok.

Elderberry boleh merangsang pengeluaran cytokines yang mana ia adalah salah satu protein yang mengawal tindakbalas sistem imun kepada penyakit dan jangkitan. Semakin banyak kita ambil, semakin banyak protein yang mengawal kita.

Banyak sangat manfaat dan khasiat elderberry ini kan? Jadi memang sesuai sangat la kalau kita amalkan pengambilan Vivix dalam pemakanan seharian kita.

Bukan kita je yang perlu ambil, semua ahli keluarga dan orang tersayang kita juga kena ambil Vivix ini untuk pastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya dari pebagai penyakit dan jangkitan.

Memang ada segelintir masyarakat mempersoalkan tentang harga Vivix yang agak mahal, tetapi ianya amat berbaloi dengan khasiat dan juga perlindungan yang diberikan Vivix untuk kesihatan tubuh badan kita.


Kalau kita saja-saja je nak ambil elderberry, anggur muscadine dan yang lainnya mungkin tidak terbeli sebab kesemua bahan ini memang mahal dan susah untuk dapatkannya di Malaysia. Akan tetapi, dengan adanya Vivix, kita terus boleh minum dan tidak perlu bersusah payah untuk mencarinya lagi kerana kita telah mendapat manfaatnya di dalam satu botol Vivix ini.


Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.

Bagaimana Untuk Dapatkan Vivix Shaklee Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.










Sabtu, 8 September 2018

10 KANDUNGAN MEALSHAKES YANG PERLU ANDA TAHU


KEBAIKAN MEALSHAKES


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri pada kali ini Nur ingin berkongsi mengenai mealshakes dan apa keistimewaan mealshakes sehingga menjadi minuman pilihan seisi keluarga.


Ada tak kat sini yang tidak pernah tahu, tidak pernah kenal dan tidak pernah pun rasa lagi Mealshakes ni?

Pengenalan Mealshakes

Tekstur Mealshakes ini sangat lembut dan baunya wangi tau, bau vanilla. Bila buka je botol Mealshakes tu terus suka cium bau dia yang sedap tu.

Kandungan Mealshakes

Antara bahan yang terkandung dalam Mealshakes adalah kacang soya dan juga susu lembu. Jadi, kalau ada sesetengah anak yang alahan dengan susu lembu, boleh try and error dulu ye, takut tak sesuai pula.

Jom kita tengok apa 10 sebab kandungan Mealshakes yang sangat penting untuk anak-anak kita khususnya.


Kepentingan Mealshakes


Kadar glisemik yang rendah.



Sama seperti ESP, Mealshakes juga mempunyai kadar glisemik yang rendah. Shaklee sentiasa memastikan produknya rendah glisemik tau.

Bila bekalan karbohidrat dari Mealshakes dengan kadar indeks glisemik yang rendah, ia akan membantu memberikan tenaga yang berpanjangan.

Sudah semestinya ianya bagus untuk anak-anak yang baru nak belajar puasa kerana bila kadar glisemik rendah, perut akan rasa kenyang lebih lama dan bagi tenaga yang lagi lama dari biasa.

Lengkap dengan 9 asid amino

Mealshakes lengkap dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan kanak-kanak seperti rambut, kuku, kulit, organ dan lain-lain.

Mengandungi vitamin A, C, E.

Vitamin ACE ini adalah gabungan Antioksidan yang membantu kesihatan kulit dan juga memperbaiki sel. Malah, antioksidan ini juga bagus untuk mencegah daripada kanser.

Sekarang ini kita tengok dan dengar kan kecil-kecil lagi dah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit kanser yang kadang-kadang pelik. Jadi, penting sangat sumber vitamin ACE ini.

Tinggi kandungan serat.

Mealshakes juga terkenal dengan kandungan serat atau fiber yang tinggi. Serat ataupun fiber ini bagus untuk sistem pencernaan. Ianya mengelak dan mengatasi masalah sembelit yang kerap terjadi dikalangan anak-anak.

Terdapat pelbagai sumber vitamin B.



Vitamin B ini kan banyak jenis. Jadi, antara fungsi vitamin B adalah untuk membantu melancarkan aliran darah. Ianya juga membantu memberikan tenaga, bagus untuk kesihatan sistem saraf dan lain-lain.

Terdapat sodium dan magnesium.

Fungsi sodium adalah untuk memelihara keseimbangan cecair atau bendalir dalam tubuh anak serta mengelakkan anak daripada cepat merasa letih.


Tinggi kandungan vitamin C.

Jangan tidak tahu, dalam Mealshakes pun terdapat kandungan vitamin C yang tinggi.

Fungsi vitamin C adalah membantu kesihatan gigi, gusi dan pastikan kulit sentiasa sihat. Kalau anak-anak yang kerap berdarah hidung pun, sangat perlukan sumber vitamin C ini.

Selain itu, vitamin C juga sangat penting untuk tingkatkan imun badan anak, elak daripada demam, selsema dan batuk.

Mengandungi Vitamin A.

Mealshakes juga mengandungi vitamin A. Vitamin A sangat bagus untuk kesihatan mata dan penglihatan anak-anak.

Bagi anda yang anak-anak ada masalah mata, boleh cuba bagi Mealshakes untuk elak daripada anak rabun cepat dan pakai cermin mata awal.

Terdapat Kalsium dan Vitamin D.

Dalam Mealshakes juga ada Kalsium dan Vitamin D yang sama seperti Ostematrix. Kalsium ini sangat penting untuk pertumbuhan tulang anak-anak.

Kalau tidak cukup kalsium, perkembangan tulang dan ketinggian anak boleh jadi terbantut. Jadi, nak bagi sumber kalsium yang bagus antara semua produk kanak-kanak yang lain, Mealshakes adalah pilihan terbaik.


Mempunyai iron, asid folik dan Vitamin B12.



Iron dan Vitamin B12 sangat penting untuk membantu penghasilan sel darah merah.

Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh anak anda termasuklah otak. Bila oksigen tidak sampai ke otak, akan terdapat banyak gangguan pada fungsi tubuh badan.

Otak yang kekurangan oksigen boleh menjadi punca kepada masalah tidak fokus dan kurang daya tumpuan dan ingatan. Jadi, kalau rasa-rasa anak kita kurang fokus, mungkin oksigen tidak lancar sampai ke otak selain daripada kekurangan sumber DHA dan EPA.

Malah, sel darah merah juga bertindak sebagai pembawa kepada vitamin yang dimakan oleh anak-anak.

Jadi, itulah antara sebab kenapa Mealshakes ini sangat penting untuk kita terutamanya  anak-anak. Seawal usia setahun sehingga warga tua boleh ambil Mealshakes ini.

Kalau kanak-kanak atau orang tua yang tidak suka makan pil, boleh gantikan ambil Mealshakes. Tapi harus diingat, Mealshakes bukanlah pengganti kepada nutrisi harian. Sama seperti suplemen yang lain, ianya adalah sebagai pelengkap dan mengisi mana-mana nutrisi yang tidak cukup.

Resepi Mealshakes


Nur tahu, ada sesetengah orang yang tidak boleh minum macam tu je dengan air kosong kan? Bagi kanak-kanak, boleh bancuh campur bersama susu atau minuman kegemaran mereka contohnya air buah-buahan, air horlick atau minuman lain.

Disini Nur sertakan sekali beberapa resepi yang boleh dicuba bersama dengan mealshakes. Semoga membantu ibu-ibu untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak.

Mealshakes hanya boleh dibancuh dengan air sejuk ataupun air suam sahaja ye.


Nak buat cekodok campur mealshakes pun boleh.


Testimoni Mealshakes

Nur juga sukacita ingin berkongsi beberapa testimoni yang telah menggunakan mealshakes Shaklee ini dalam rutin seharian mereka.






Boleh klik pada setiap gambar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Mealshakes Shaklee ni ye. Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.



Bagaimana Untuk Dapatkan Mealshakes Shaklee Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.



Jumaat, 7 September 2018

ISTIMEWANYA PIL KALSIUM OSTEMATRIX

PIL KALSIUM TERBAIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pada kali ini Nur ingin berkongsi mengenai salah satu pil kalsium yang terdapat dalam produk Shaklee iaitu Ostematrix.

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh kita. Tulang yang kuat penting untuk tubuh yang kuat. Tahukah anda, semakin umur menigkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina.

Jadi, amat penting untuk kita membekalkan tulang dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. Salah satu pembekal kalsium untuk tulang kita ialah Ostematrix.


Kebaikan Ostematrix Shaklee

  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf.
  • Membantu mencegah tulang retak, kuku rapuh, dan gusi berdarah.
  • Mengurangkan stress. Ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, mendapat tidur yang berkualiti dan membantu masalah mood swing serta sakit kepala.
  • Mengatasi masalah sembelit dan melembutkan najis.
  • Membantu masalah sakit tumit kaki dan pecah-pecah.
  • Memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur.
  • Membantu kita segar.
  • Mengelakkan kemurungan.
  • Mengatasi masalah "water retention".
  • Mengatasi masalah pra-haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium dapat meringankan kesakitan semasa haid dan membantu pembuangan air kecil.
  • Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik.
  • Mengelakkan kekejangan, sakit tulang belakang dan kebas-kebas serta sesemut.
  • Membantu pengeluaran susu (milkbooster) dengan syarat perkara asas penyusuan dipatuhi.
  • Mengatasi masalah pereputan tulang.
  • Memastikan tulang padat bagi mengampu tubuh yang berat (jika ada masalah berat berlebihan).

SIAPAKAH YANG PERLU AMBIL OSTEMATRIX?

  • Ibu mengandung, ibu menyusu (terutama bagi ibu yang mendapati susunya merudum waktu period), dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  • Mereka yang mempunyai masalah, kekangan atau alergik dengan pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit dibahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari (migrain).
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah-pecah di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

INFO PENTING!!

Perlunya Kalsium sebelum dan selepas kehamilan :

  • Untuk membina tulang dan gigi.
  • Untuk melindungi kesempatan tulang.
  • Untuk membantu mengelakkan darah tinggi semasa kehamilan.
  • Untuk perkembangan bayi. Susu ibu mengandungi 40% kalsium.

PERINGATAN!!

Bekalan Kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia, yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak di dalam rahim.

7 CIRI ISTIMEWA OSTEMATRIX


Kalsium

1000mg : 4 biji sehari (keperluan Kalsium orang dewasa).

Vitamin D

Bantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik. Dalam Ostematrix bukan sekadar kalsium, tetapi ada juga vitamin D. Contohnya jika ada kalsium saja penyerapan 50%. Akan tetapi jika ada vitamin D, penyerapan akan jadi 99%. Maksudnya penyerapan akan jadi menyeluruh dengan adanya vitamin D ini. Tidak la membazir je nanti kalsium tu nanti.

Magnesium

Sebagai pengangkutan yang mengangkut semua nutrien ke seluruh badan. Katakan la tiada magnesium, kalsium yang banyak tu tidak dapat pergi ke bahagian tubuh yang lain. Rugi la kan kalsium yang diambil tu bila tidak diserap dengan baik.
Vitamin D menyerap, manakala magnesium pula mengangkut kalsium-kalsium dan hantar ke seluruh badan kita. Lengkap kan?

Zink, Copper dan Mangan

Mengelakkan tulang daripada rapuh.


Boron

Boron adalah bahan yang menguatkan tulang dan tahap ketumpatan tulang. 



Boleh tengok tulang yang cukup kalsium dengan yang tidak cukup kalsium dalam rajah tu. Seram bila tengok rongga-rongga tu kan. Semakin kita biarkan, semakin berongga tulang kita tu. Jatuh sikit je tulang mudah crack. Nak sembuh pun ambil masa.

Pereputan tulang bukan proses segera tau, lambat kita nak nampak kesan pereputan tu. Akan tetapi nak tunggu reput baru nak baiki tu memang dah terlambat dah. Masa sekarang la kita kena cukupkan keperluan kalsium dalam badan kita tau. Tak lau nak minum susu, boleh ambil Ostematrix secara konsisten. InsyaaAllah, tulang kita akan kuat.

Bertindaklah sekarang, jangan biarkan masalah itu berlarutan sebab salah satu kesan kekurangan kalsium boleh membawa kepada masalah Osteoporosis (tulang rapuh).

Bagi yang hamil ataupun yang dan bersalin lagi bagus amalkan sebab bayi serap 90% daripada kalsium ibu. Jadinya memang kena sentiasa pastikan pengambilan kalsium adalah mencukupi.

Jaga kesihatan tuang daripada sekarang, jangan tunggu dah sakit nanti baru nak menyesal.

TESTIMONI

Disini Nur sertakan beberapa testimoni yang telah mencuba Ostematrix Shaklee ni ye.





Boleh klik pada setiap gambar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Ostematrix Shaklee ni ye. Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.



Bagaimana Untuk Dapatkan Ostematrix Shaklee Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.




Rabu, 5 September 2018

ADA APA DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE?

KEPENTINGAN OMEGA GUARD




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini Nur ingin berkongsi mengenai minyak ikan Shaklee iaitu Omega Guard. Ada yang pernah makan dan ada yang belum pernah cuba kan?

Sebenarnya Omega Guard ini merupakan salah satu vitamin kegemaran untuk diambill selain daripada vitamin c.

Sebab apa? Sebabnya semua orang perlukan Omega Guard ini ye.


PENGENALAN OMEGA GUARD


Omega dipanggil asid lemak OMEGA 3 (fatty asid). Walaupun Omega-3 merupakan salah satu asid lemak, namun ianya merupakan asid lemak yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.



Badan kita memerlukan fatty asid ini tapi tak boleh nak hasilkan sendiri. Sama seperti vitamin c, badan memerlukannya tetapi tidak boleh hasilkan sendiri.

Kalau anda perasan, DHA/EPA itulah asid lemak. Badan kita juga diperlukannya tetapi tidak boleh menghasilkannya sendiri.

APA KEGUNAAN ASID LEMAK?


Asid lemak ini bagus untuk meningkatkan kesihatan mental kita, mencegah kanser, baik untuk jantung, untuk fungsi mata, fungsi saraf, pernafasan dan mengurangkan kolestrol. Oleh sebab itu, dari usia kanak-kanak lagi digalakkan untuk ambil Omega Guard ini.

Sebenarnya, untuk dapatkan asid lemak yang paling baik adalah dengan makan ikan itu sendiri. Tapi malangnya, ikan-ikan sekarang telah dicemari dengan merkuri. Bahaya la kan kalau kita makan ikan yang bertoksin tu.

Kajian mendapati, ikan-ikan kecil yang ditangkap dari lautan dalam berair sejuk adalah lebih selamat untuk dimakan.

KEBAIKAN OMEGA GUARD


Jom kita tengok apa kebaikan Omega Guard kepada tubuh badan kita.

Penyulingan 3 Peringkat



Ini yang membezakan Omega Guard Shaklee dengan minyak ikan jenama lain. Seperti yang diberitahu tadi, ikan dari lauk dalam lebih selamat diambil dan bebas merkuri. Jadi, minyak Omega 3 dalam Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam berair sejuk.

Contoh ikan yang digunakan ialah ikan sardin, hackers, herring dan anchovies. Kesemua ini adalah ikan yang bebas daripada merkuri.

Penyulingan 3 peringkat disebabkan khuatir ikan-ikan tersebut ada termakan makanan yang tercemar (ada toksin). Pastu kita pula yang makan ikan tersebut, toksin masuk dalam badan kita. Oleh sebab itu, kena pilih betul-betul. Apa yang menariknya, pemilihan ikan ini, Shaklee buat menggunakan satelit.


Kualiti Terjamin



Omega Guard dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred pharmaceutical berteknologi tinggi. Kaedah ini yang membantu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk ekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, maksimum dan lain-lain.

DHA dan EPA Tinggi



Satu sajian sehari bersamaan tiga biji omega. Apa pentingnya kat sini? Kalau kita nak cari sumber minyak ikan (fish oil) kita kena tengok jumlah omega 3 dia berapa. Jumlah fish oil dengan jumlah omega 3 dalam sesuatu vitamin tidak sama. Jadi, berapa pun jumlah fish oil, jangan terpedaya kalau omega 3 dia sikit.


Kalau kita bandingkan dengan minyak ikan jenama lain mungkin agak murah, tapi EPA dan DHA dia rendah. Jadi tidak bagus juga la kan. Kena makan banyak-banyak baru dapat hasil. Tetapi dengan Shaklee, 3 biji dah memadai.

Kalau nak cari minyak ikan, memang kena tengok jumlah omega 3. Barulah kita akan dapat manfaatnya. Sebab itu tak semua minyak ikan sama. Kalau perasan, iklan-iklan susu anak kan berebut diorang nak iklankan pasal DHA/EPA ni kan. Kalau DHA tinggi, makin mahal la harga susu tu kan?


Ini perbandingan DHA dalam susu dengan DHA dalam Omega. Omega mempunyai 120mg DHA. Banyak bezanya kan? Jadi, bagi susu murah pun tak apa, tapi top up la dengan Omega Guard.

Mengikut kajian, kanak-kanak perlukan 100-120mg DHA sehari. Jadi, cukuplah dengan Omega anak kita tu kan? Kalau menyusu pula, memang ibunya la kena makan Omega ni.

Disebabkan itu, semua peringkat umur boleh dapat manfaat dari Omega ini. Dari bayi dalam perut, bersalin, setahun ke atas, remaja, dewasa, datuk nenek ,YB, wakil rakyat, semua la boleh ambil Omega ni. Beli sebotol, seisi rumah boleh makan. Kiranya yang ni vitamin wajib satu keluarga tau.


Mengandungi 7 Spektrum Omega 3 Lengkap


Omega Shaklee ada 7 spektrum omega 3 lengkap. Tidak semua omega di pasaran ada spektrum lengkap tau. Tapi Shaklee ni memang semua dia nak yang terbaik untuk penggunanya.

7 spektrum itu adalah :
- EPA
- DHA
- ALA
- SDA
- ETA
- HPA
- DPA

Kurang Bau Hanyir


Ini juga antara penyumbang keistimewaan minyak ikan Shaklee iaitu kurang bau hanyir. Bukan tiada langsung ye tapi kurang. Anak saya boleh kunyah macam gula-gula je. Hihi. Kalau yang tidak pandai nak kunyah lagi, boleh cucuk pecahkan masuk dalam susu atau makanan dia.


Diiktiraf Oleh Friend Of The Sea


Diiktiraf oleh Friend of The sea. Friend of The Sea ni kira macam pertubuhan yang menjaga kebajikan ikan. Fungsinya untuk mengawal populasi ikan, pantau ikan mana yang tak boleh tangkap, ikan yang terlalu kecil dan lain-lain.

Jadi, Shaklee ni diiktiraf oleh Friend of The Sea kerana menghasilkan minyak ikan berkualiti tanpa jejaskan alam sekitar. Eh, kalau musim membiak pun, Shaklee takkan tangkap ikan tau. Punyalah nak jaga.

Kesemua ni bukan cakap-cakap kosong je tau. Semua adalah fakta dan ada Landmark Study. Shaklee sangat mementingkan kualiti. Ikan yang dipilih pun yang paling kecil je untuk omega ni.


Siapa Yang Boleh Amalkan Omega Guard?


Ramai yang boleh ambil Omega dan sepatutnya memang semua pun ambil Omega ni tau. Mari saya ceritakan bagaimana Omega 3 ini bantu jadi 'Guard' dalam sesebuah keluarga.

Guard untuk emak 

Omega 3 sangat bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah. Ia akan pecahkan lemak dalam darah. Seeloknya, ubat makan, omega 3 pun kena ambil sama.

Guard untuk ayah

Ayah yang selalu kena gout atau sakit-sakit sendi elok amalkan Omega 3 ini. Ia bantu kurangkan keradangan. Amalkan omega untuk bantu kurangkan sakit sendi itu.

Guard untuk anak

Omega 3 bantu anak fokus dalam pelajaran. Kita sebagai ibu bapa boleh cuba tambah nutrisi yang dapat membantu anak-anak supaya fokus. Omega 3 terbukti dapat meningkatkan fokus anak ketika belajar dan tahukah anda, anak lelaki memerlukan omega 3 yang lebih dari anak perempuan.

Guard untuk diri sendiri

Untuk ibu-ibu yang tengah hamil, menyusu atau nak kuruskan badan selepas hamil atau nak stabilkan hormon, elok sangat amalkan omega 3 ini. Anak yang dikandung dan yang tengah menyusu pun akan dapat khasiat omega ini tau.

Kalau rancang untuk hamil pun boleh ambil omega 3 ini kerana ianya juga membantu stabilkan hormon.


Guard untuk suami

Omega 3 dapat membantu kestabilan hormon lelaki dan bantu membakar lemak kerana omega 3 bantu meningkatkan paras hormon adiponektin yang bantu bakar lemak dari disimpan dalam badan.

Omega 3 ini bukan sembarangan nutrisi. Semua orang perlukan ia. Omega Guard boleh menjadi penjaga keluarga kita. Cepat dapatkannya sekarang. 


Semoga entri Nur kali ini memberi manfaat kepada anda semua.





Bagaimana Untuk Dapatkan OMEGA GUARD Shaklee?


ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA !

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE
INSTAGRAM : @shaklee_nur
SHAKLEE ID : 1103081

COD : BAHAU, BANDAR SRI JEMPOL, BATU KIKIR, SERTING, JUASSEH DAN SEKITARNYA.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAA ALLAH

** Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk suplemen.