Khamis, 23 Mac 2017

TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU


CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU


Ibu menyusu mesti mengekalkan momentum tenaga dan diri untuk cergas dan sihat. Tambahan pula ibu menyusu bukan sahaja berkhidmat untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan suami. Maka tidak hairanlah ibu-ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri kuaran dan dalaman demi menjayakan misi 3 dalam 1 ini. Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tip berikut tanpa culas.

1) Pam atau susukan bayi setiap dua ke tiga jam.
Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh sebab itulah, apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu payu dara kerap dikosongkan. Ia tidak benar ya! Sebetulnya, lebih kerap payu dara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2) Usah tunggu sehingga penuh.
Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah cara anda itu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ditempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilakn susu untuk keperluan bayi. 

3) Tandem pumping.
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

4) Kebaikan penyusuan malam.
Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5) Minum air mencukupi.
Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi para ibu menyusu, anda disarankan minu sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

TEKNIK POWER PUMPING

1) Pam Tunggal
Pam payu dara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payu dara kiri pula untuk tempoh 10 minit juga. Tukar semula ke payu dara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payu dara kiri. Lakukannya secara berterusan selama sejam.
2) Pam Berganda
Pam kedua-dua belah payu dara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit lagi. Setelah itu, rehat 10 minit dan pam lagi selama 10 minit sehingga cukup tempoh satu jam.   

TIP TAMBAHAN
- Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan.
- Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah, anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.
- Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap perahan susu itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping digabungkan di dalam satu bekas.
Sumber : Majalah PaMA

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU
Bagi kebanyakan ibu, Set Menyusu Shaklee menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan dengan hasilnya. Selain daripada supply and demand (konsep utama yang WAJIB ibu-ibu patuhi), keadaan badan ibu pun mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu ye.

 
Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Energizing Soy Protein Shaklee terutamanya banyak membantu memberi manfaat kepada ibu. Hal ini kerana selain membantu sebagai 'milk booster', ESP juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekakan tenaga berpanjangan.
Set Menyusu Shaklee ini juga dapat memeperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Dalam set ini, ibu-ibu boleh pilih mengikut kepada kesesuaian dan bajet yang ada. Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh ambil set penuh terus kerana ianya melengkapi keperluan ibu yang menyusu. Ia terdiri daripada milk booster + suplemen lengkap + kalsium + tambah tenaga.
Ia merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan kita sepanjang tempoh penyusuan dan membantu seimbangkan sumber nutrien penting bagi menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak.

ANTARA TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE







 

Berminat untuk order Set Penyusuan Shaklee?
Boleh klik disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**




 

Rabu, 22 Mac 2017

KETAHUI ZAT PEMAKANAN IBU HAMIL AGAR KEKAL SIHAT




Menantikan cahaya mata yang sihat dan sempurna sifat fizikalnya semestinya sesuatu yang ditunggu oleh seorang ibu. Tiada ibu yang menginginkan sesuatu yang buruk berlaku kepada bayi dalam kandungannya itu. Jom ketahui zat pemakanan berserta suplemen Shaklee yang perlu diambil oleh seorang ibu hamil agar ibu dan anak kekal sihat. (^_^).

SEBELUM HAMIL
Usaha untuk menimang cahaya mata memerlukan anda memberi lebih perhatian kepada apa jua yang dimakan. Anda perlu memastikan tubuh bersedia untuk "menerima" bayi yang bakal dikandungi. Hal ini bermaksud anda pastikan tubuh dipenuhi dengan bekalan pelbagai jenis zat pemakanan.

Asid Folik
Zat pemakanan ini merupakan sesuatu yang sangat penting sebaik sahaja anda memutuskan mahu hamil. Ia sangat bermanfaat dalam membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada bayi. Masalah ini menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang.
Dua kecacatan biasa akibat masalah ini ialah spina bifida dan anencephaly. Bagi kecacatan spina bifida, tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika dibulan pertama kehamilan. Lazimnya, akan berlaku kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh dikaki. Sementara itu, anencephaly pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya. Bayi yang mengalami anencephaly sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dia dilahirkan.
Bagi yang sedang mencuba untuk hamil, anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mcg sehari untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Anda perlu mengambilnya lebih awal kerana pembentukan tiub neural bermula saat benih berjaya disenyawakan.
Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah bayam, ubi bit (beetroot), asparagus, hati, brokoli, oat, jagung, betik, oren dan banyak lagi. Namun, adalah sukar untuk memastikan tubuh anda melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan jika hanya bergantung kepada sumber makanan. Oleh sebab itulah, anda perlu mengambil suplemen asid folik seperti yang biasa dibekalkan oleh doktor. 

Zink
Anda mungkin pernah dengar tentang makanan yang kaya dengan zink seperti tiram merupakan sumber makanan terbaik untuk merangsang kesuburan individu. Hal ini kerana zink adalah mineral penting yang membantu kesuburan dan pembiakan manusia. Untuk hamil, tambahkan pengambilan zink dalam makanan harian. Anda boleh melakukannya dengan mengambil makanan-makanan seperti bijan, kekacang, kambing dan jangan lupa tiram juga! 

Vitamin C
Untuk hamil, sudah tentu anda perlu kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Makanan yang tinggi kandungan vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus, kiwi, strawberi dan sayur-sayuran hijau. Memandangkan vitamin C larut air, ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi, anda perlu pastikan tubuh mendapat keperluan vitamin C yang cukup setiap hari. 

KETIKA HAMIL
Setelah disahkan hamil, anda perlu berterusan mengamalkan corak pemakanan yang sihat agar tahap kesihatan sedia ada anda dan bayi dalam kandungan berada di tahap yang memuaskan. 

Asid folik
Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil  asid folik sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu. Hal ini kerana sepanjang tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukkan. Selain daripada itu, ketahuilah bahawa asid folik membantu membina DNA bayi. 

Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon.
Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium. Sumber ini anda boleh dapatkan daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu. Antara lain, kebanyakan makanan seperti merjerin dan bijirin sarapan pagi diperkaya dengan vitamin D. Cara paling senang ialah dengan memdedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.

Zat besi
Kira-kira 10 hingga 15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Oleh sebeb itulah anda perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Anda memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandungi juga. Sama juga halnya dengan uri anda. Ia juga memerlukan zat besi yang mencukupi.
Untuk itu, dapatkan suplemen zat besi seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Anda juga boleh menambah darah dengan mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kerinf dan kekacang.

Iodin
Kekurangna iodin adalah penyebab utama yang boleh menyebabkan masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Untuk ibunya pula, masalah kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati dan beberapa komplikasi yang lain. Bagi memastikan diri mendapat sumber iodin mencukupi, anda perlu mengambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.

Zink
Sama seperti zink yang penting untuk kesuburan dan pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zink. Namun, elakkan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi yang semakin menurun ketika ini jika tahap kesihatan tidak dipantau sebaik-baiknya.

Vitamin C
Vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, ketika hami, pengambilan vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannyauntuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bayi juga.

Omega 3
Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandungi. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber terbaik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3. 

Sumber: Majalah PaMa  

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL
Suplemen tambahan juga penting kepada ibu hamil kerana dikhuatiri zat makanan yang diambil oleh mereka tidak mencukupi dan tidak memadai. Antara suplemen yang dicadangkan adalah set lengkap kehamilan dari Shaklee. Shaklee merupakan vitamin yang semulajadi, selamat dan insyaaAllah berkesan jika diamalkan secara konsisten.

KEISTIMEWAAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

1) Energizing Soy Protein (ESP)

- Membekalkan protein untuk membina sel, tisu enzim dan otot ibu dan bayi dalam kandungan.
- Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan.
- Mengurangkan risiko janin menjadi cacat.
- Membantu penghasilan susu badan.

2) Vitalea With Iron (multivitamin)
- Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup.
- Elakkan pitam dan anemia (kekurangan darah merah).
- Wajah tidak kelihatan pucat.

3) Vitamin B Complex

- Membantu mengawal tekanan.
- Mengelakkan pigmentasi.
- Membantu kelembapan kulit.
- Membantu pembebasan tenaga dari makanan.
- Penting untuk pembentukan darah dan hormon.

4) Vitamin C
- Membantu bekalkan keperluan vitamin c harian dalam tubuh.
- Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser.
- Tiada pengawet dan pewarna.

5) Omega Guard

- Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi.
- Membantu mengawal stress pada ibu.
- Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak.

6) Ostematrix

 
- Membekalkan kalsium untuk membina tulang dan sel bayi.
- Mengelakkan kekejangan otot dan sakit badan.
- Mengelakkan sembelit.
- Senang membuang dan lawas.
- Menstabilkan denyutan jantung.

TESTIMONI SET KEHAMIAN SHAKLEE







 


Berminat untuk order Set Kehamilan Shaklee?
Boleh klik disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**





 





  

Khamis, 16 Mac 2017

9 MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI WANITA UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN

 TINGKATKAN KADAR KESUBURAN DENGAN MENJAGA PEMAKANAN

Anak merupakan keinginan pasangan suami isteri. Anak juga merupakan penyeri kepada rumahtangga. Tanpa anak, rumah akan jadi sunyi tanpa gelak tawa dan karenahnya. Namun, bagaimanakah cara dan tips yang boleh pasangan suami isteri lakukan untuk mendapatkan zuriat? Terdapat banyak cara yamg boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan pengambilan makanan yang betul.

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI PASANGAN YANG INGUNKAN ZURIAT

1) Mengandungi gula yang tinggi.

Salah satu bahan makanan yang dianggap boleh menurunkan kadar kesuburan adalah makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti cornflakes, donut, kentang goreng, labu dan nasi putih.

Pengambilan gula yang banayk boleh menyebabkan resistensi insulin dan boleh menyebabkan kelainan keadaaan hormon yang mempengaruhi ovulasi atau pematangan sel telur dan ianya merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gangguan kesuburan bagi kaum wanita.

2) Makanan yang terlalu manis dan terlalu masin.

Semua yang berlebihan itu adalah tidak elok, termasuklah juga makanan yang mengandungi terlalu banyak gula atau garam. Hal ini kerana boleh membuatkan seseorang wanita terutamanya semakin sukar untuk memiliki zuriat.

3) Makanan yang mengandungi soya.

Walaupun soya merupakan makanan yang sihat, namun sebaiknya tidak diambil dalam jumlah yang banyak. Pengambilan soya dalam jumlah yang banyak akan menurunkan LH (Leutinizing Hormone) dan SH (Follice-Stimulating Hormone) serta memanjangkan kitaran menstruasi sehingga akan menurunkan kadar kesuburan seseorang wanita.

4) Makanan berkafein.

Seorang wanita yang sedang dalam proses untuk hamil sebolehnya mengurangkan atau menghentikan pengambilan makanan dan minuman yang berkafein. Pengambilan kafein lebih dari 300 gram setiap hari boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang wanita tersebut.

5) Susu dan keju yang tidak dipempasteuran (proses yang membunuh bakteria dalam makanan cecair).

Susu dan keju yang tidak dipempasteuran mengandungi banyak bakteria di dalamnya. Bakteria tersebut akan melalui dan memasuki plasenta yang mana boleh mempengaruhi rahim. Hal ini boleh menyebabkan kadar kesuburan seseorang wanita itu menurun.

6) Makanan olahan.

Makanan yang boleh mempengaruhi kadar kesuburan seseorang wanita adalah makanan olahan seperti makanan yang telah dipanggang dan dibungkuskan. Hal ini kerana semua makanan tersebut mengandungi lemak yang tinggi.

7) Telur dan daging mentah.

Dalam masa menjalani proses kehamilan, sangat disarankan untuk menghindari telur dan daging yamg masih mentah. Kedua-dua makanan tersebut mengandungi bakteria salmonella yang boleh menyebabkan kadar kesuburan seseorang wanita itu menurun.

Daging mentah pula mengandungi kadar amonia dalam tubuh. Hal ini boleh mengganggu implantasi telur dalam rahim wanita. 

8) Ayam non-organik.

Ayam jenis ini penuh dengan antibiotik dan hormon suntikan. Kedua-dua zat ini boleh memberikan kesan negatif kepada keseimbangan hormon dan kesihatan.

9) Alkohol.

Minuman beralkohol boleh memberikan kesan yang buruk terhadap penghasilan telur kepada wanita yang berusia 30 an.

Cara Alternatif Untuk Tingkatkan Kesuburun. 

Walaubagaimanapun, terdapat cara alternatif lain yang boleh dilakukan pasangan yang inginkan zuriat iaitu dengan pengambilan vitamin dan suplemen tambahan. Antara suplemen tambahan yang dicadangkan adalah suplemen Shaklee. Shaklee merupakan suplemen semulajadi, selamat dan jika diamalkan secara betul dan konsisten akan memberikan kesan yang positif. (^_^).

Ini adalah Set Premium Shaklee yang ditawarkan kepada mereka yang memerlukan vitamin tambahan untuk membantu meningkatkan kesuburan.
Set ini baik diamalkan oleh suami dan isteri seawal sebelum berkahwin untuk persediaan menyambut bayi kelak.
Boleh dikongsi suami isteri untuk kesihatan bersama.
Boleh juga teruskan pengambilan semasa mengandung sebagai suplemen untuk ibu mengandung. 

Set Premium Kesuburan Shaklee :
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Omega Guard
- Vitamin C
- B Complex
- Ostematrix
- Vitamin E / Vitalea
** Tahan 4 bulan

Set Medium Kesuburan Shaklee :
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Omega Guard
- Vitamin E
- B Complex

Set Basic Kesuburan Shaklee :
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Omega Guard
- B Complex
** Tahan 2 bulan

Set Paling Bajet Kesuburan Shaklee :
- Energizng Soy Protein (ESP)
- B Complex
** Tahan 2 bulan

Fungsi setiap suplemen ini ada kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri yang memberikan kesan pada kesihatan dalaman suami dan isteri.
Suplemen adalah ibarat baja dalam badan.
Tidak cukup baja tanah hasilkan pokok dan buah yang tiadak optimun.
Sama juga konsepnya dengan manusia.

Antara Testimoni Yang Berjaya Hamil Dengan Pengambilan Suplemen Shaklee :






Berminat untuk order Set Kesuburan Shaklee?
Boleh Klik Disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**





 

Khamis, 9 Mac 2017

KETAHUI RAWATAN, UBAT DAN PENAWAR KANSER

 

KANSER PENYAKIT BAHAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini berkenaan dengan kanser.

Bila sebut je kanser mesti ramai yang takut dan minta dijauhkan dari penyakit tersebut. 

Siapa yang ada saudara atau jiran-jiran terdekat yang terkena kanser ni tahulah macam mana seksa dan peritnya mereka menjalani kehidupan seharian.

MAKSUD KANSER

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

RAWATAN, UBAT DAN PENAWAR KANSER

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepasa anda jika anda mendapatkannya.

1) PEMBEDAHAN

 

Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes.
Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

2) KEMOTERAPI


Kemoterapi (kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser.
Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. 
Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasi yang boleh diharapkan daripadanya.

3) TERAPI RADIASI


Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak.
Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

4) SEL TUNJANG


Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, dimana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru.
Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum-sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.

5) IMUNOTERAPI


Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser.
Ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun.
Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Sumber: Persatuan Kanser Amerika

RAWATAN ALTERNATIF KANSER

Selain daripada rawatan-rawatan yang dinyatakan di atas, terdapat satu lagi rawatan alternatif yyang boleh dicuba oleh pesakit kanser iaitu dengan mengambil suplemen tambahan bagi membantu meningkatkan ketahanan sistem imun dalam badan.
Antara suplemen yang boleh diambil oleh pesakit kanser adalah Vivix Shaklee.


Vivix Shaklee adalah merupakan minuman botani yang telah dipaternkan. Orang lain tidak boleh tiru pembuatan Vivix ni.
Gabungan polifenol dan resveratrol yang menjadikan Vivix Shaklee istimewa dan lain dari yang lain. Jadi, tiada suplemen lain yang boleh berikan resveratrol kesan terbaik.
Resveratrol yang ditambah dengan polifenol 10 kali ganda lebih baik daripada suplemen resveratrol semata-mata.

FUNGSI VIVIX

1) Mempertahankan sel dari kerosakan biological (cell defence).
2) Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria. Vivix terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria lagi (cell energy).
3) Baiki sel DNA dan menghalang sel dari kerosakan (cell repair).
4) Vivix halang penghasilan AGE PROTEIN dan meningkatkan cell performance.(cell performance)

BAGAIMANA RESVERATROL MEMBANTU MASALAH KANSER?

1) Bantu sel baiki DNA.
2) Aktifkan mitokondria dalam sel.
3) Galakkan sel yang tidak normal bunuh diri melalui proses Apoptosis.
4) Halang terjadinya kanser atau sel yang tidak normal itu membiak atau beranak pinak.

ANTARA TESTIMONI YANG BEBAS DARIPADA KANSER SETELAH MENGGUNAKAN VIVIX SHAKLEE.

TESTIMONI 1
TESTIMONI 2


TESTIMONI 3
 TESTIMONI 4
 TESTIMONI 5
 TESTIMONI 6
 TESTIMONI 7
 
 
Berminat untuk order VIVIX Shaklee?
Boleh klik disini
Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :
Whatsapp/Sms : +60132904342
COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**