Rabu, 24 Februari 2016

ALZHEIMER : KURANG TIDUR PUNCA NYANYUK???


ALZHEIMER : LUPA INGATAN ATAU NYANYUK??



  Assalamualiakum dan salam sejahtera...pada entry kali ini saya ingin menceritakan tentang satu lagi penyakit yang sering dihadapi oleh kita semua...

APAKAH ALZHEIMER?



Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.
Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

ANTARA CIRI-CIRI PESAKIT ALZHEIMER

1. Pertuturan menjadi lemah
2. Kewarasan kurang baik
3. Ingatan bertambah teruk
4. Perubahan personaliti
5. Ketidakupayaan dan tingkah laku yang tidak sesuai.
6. Masalah dengan merancang dan mengatur.
7. Kesukaran dengan tugas-tugas yang komplek
8. Pergolakan ddalaman dan halusinasi

Punca-punca Penyakit Nyanyuk (Dimentia)

Dalam dua puluh tahun yang lalu, ahli-ahli sains telah banyak mencari punca asal demensia. Genetik boleh meningkatkan risiko, tetapi saintis percaya gabungan keturunan, alam sekitar, dan faktor-faktor gaya hidup turut memainkan peranan penting.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan demensia :

  • -Penyakit yang menyebabkan kemerosotan atau kehilangan sel-sel saraf di dalam otak seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington

  • -Penyakit yang memberi kesan kepada saluran darah, seperti strok

  • -Reaksi toksik , seperti alkohol yang berlebihan atau penggunaan dadah

  • -Kekurangan pemakanan seperti vitamin B12

  • -Jangkitan yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang, seperti AIDS

  • -Sesetengah jenis hydrocephalus, satu pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan keabnormalan perkembangan, jangkitan, kecederaan, atau tumor otak

  • -Kecederaan kepala - sama ada kecederaan kepala yang teruk atau kecederaan kecil kronik yang sering berlaku dari sukan tinju atau kemalangan

  • -Penyakit-penyakit lain daripada otak, seperti buah pinggang, hati, dan penyakit paru-paru, semua boleh membawa kepada demensia

  • -Alzheimer menyebabkan 50% kepada 60% daripada semua demensia.

Tanda-tanda Alzheimer



Antara tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit Alzheimer adalah :



1. Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati perkara yang baru sahaja pesakit itu lakukan. Peringkat ini adalah peringkat sederhana Alzheimer.

2. Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga. Ini menandakan pesakit berada pada peringkat yang serius Alzheimer.


3. Pesakit menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.


4. Pesakit yang berada pada tahap sederhana dan serius akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya seperti menjerit, terpekik-pekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja walaupun ke tandas sekalipun.


5. Pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari.

6. Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

7. Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Individu Yang Berisiko Mendapat Alzheimer



1. Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi (darah tinggi) apabila mencecah usia 40 tahun ke atas.


2. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis.

3. Orang yang kurang melakukan senaman.

4. Paras kolesterol dalam badan yang tinggi.

5. Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.



KAEDAH RAWATAN

Rawatan moden
-Kebanyakan jenis demensia adalah progresif dan tidak boleh diubati. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian, termasuk demensia disebabkan oleh vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan. Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan, sebagai contoh, beberapa ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.

-Untuk jenis “neurodegenerative” demensia, ia adalah penting untuk mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubahsuai faktor risiko, seperti merawat tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, dan berhenti merokok.

-Bagi demensia yang tidak dapat diubati, seperti penyakit Alzheimer, ubat-ubatan boleh ditetapkan yang boleh menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh masa yang lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit-pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang-orang yang menanggung demensia mempunyai kemurungan juga. Terdapat banyak rawatan untuk ini. Oleh itu, doktor anda boleh mempertimbangkan untuk menetapkan ubat antidepresan. Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi juga boleh mengurangkan beberapa gejala demensia.

-Mungkin yang paling penting dalam rawatan ialah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau tersayang telah disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan yang diperlukan pada masa hadapan.

-Rawatan Penyakit Nyanyuk (Dimentia) dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Daripada penerangan diatas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain dari faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah sesuatu yang normal dan ia merupakan kitar hidup bagi manusia. Proses penuaan berlaku apabila terdapat pengurangan fungsi organ dan tisu tubuh secara menyeluruh. Oleh itu ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti penyakit Alzheimer iaitu kehilangan sel-sel otak.


       MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN LUPA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنْسَى
Surah al-A ‘laa: 06
Letakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat dan membaca ayat ke-6 surah al-A‘laa sebanyak 7 kali.
Berkomunikasi dan menjaga orang yang mempunyai penyakit Alzheimer memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa yang saya boleh cadangkan kaedah berkomunikasi untuk anda yang ada ahli keluarga mempunyai masalah Alzheimer adalah;
1. Jangan menjerit.


2. Jangan memberikan pesakit itu terlalu banyak pilihan.


3. Tanya soalan secara berhati-hati.

4. Jikalau anda ingin mengulangi sesuatu, gunakan ayat atau perkataan yang sama.

5. Tunggu pesakit memberikan jawapan dengan sabar, jangan tergesa-gesa untuk mendapat jawapan.

6. Bertutur secara perlahan.

7. Jangan gunakan bahasa bayi atau kanak-kanak.

8. Sebutkan nama pesakit dengan kerap.

9. Sentuhan yang lembut pada tangan atau lengan boleh menenangkan emosi pesakit.


Fakta yang anda perlu tahu adalah, sel otak manusia tidak akan bertambah lagi selepas dilahirkan. 
Jika DNA sel otak atau DNA sel neuron ini berterusan mati, pesakit Alzheimer sukar untuk pulih. Alternatif rawatan yang merawat terus ke DNA sel adalah dengan Vivix Shaklee.



Vivix Shaklee adalah produk yang dipanggil High End Anti Oksidan. Paling kuat...Ia membantu DNA itu berubah menjadi muda semula. Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum yang mengandungi resveratrol dan beberapa ramuan lain yang semulajadi. Ia merupakan suplemen anti penuaan tahap sellular yang terbaik di dunia.


Vivix Shaklee juga membantu membaiki sellular DNA kita, melambatkan penuaan tahap sellularmenggalakkan pembentukan mitochondria (pusat yang menghasilkan tenaga untuk sel) serta melambatkan pembentukan protin AGE yang boleh menyebabkan kerosakan dan menganggu keutuhan sel sedia ada.



Selain itu pesakit Alzheimer juga digalakkan untuk mengambil Lecithin dan Omega Guard bagi meningkatkan kandungan DHA. Kandungan DHA yang tinggi membantu meningkatkan keupayaan ingatan, memelihara penglihatan dan pendengaran.



Seterusnya Nur cadangkan pengambilan B Complex dan Ostematrix. Kerana apa?Pesakit Alzheimer tidak boleh stress. Bila mereka stress, emosi jadi tidak terkawal. Pengambilan B Complex bersama Ostematrix membantu menenangkan dan merehatkan saraf.

Seterusnya kita ada ESP. Energizing Soy Protein (ESP) adalah protein soya Non GMO yang dihasilkan berasaskan kacang soya. Dan ia satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

Kenapa perlu ESP? Bahan utama pembinaan sel badan kita adalah protein. ESP membantumembina sel baru yang lebih sihat serta memperbaiki memori, meningkatkan kualiti memori dan rangsangan pada saraf otak.




------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda dan keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?

HUBUNGI SAYA DISINI!!!

CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM : 0132904342
FACEBOOK : NUR SHARMINE BAHARING
SHAKLEE ID : 1103081
COD : BAHAU dan JEMPOL, N9


SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK BERPANJANGAN. INSYAAALLAH



MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!!


Harga sebotol vivix hanyalah RM475 dan boleh bertahan sehingga 2 bulan. Beli 2 botol untuk lebih penjimatan sehingga 27%. FREE MEMBERSHIP!!!!!!

Hubungi saya segera untuk konsultasi 100% percuma!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan